combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Sultan Selangor Zahir Terima Kasih, Syabas Kepada PM Anwar Teruskan Projek LRT3
Kredit: FB Selangor Royal Office
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan ucapan terima kasih dan syabas kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana bersetuju meneruskan projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) Laluan Shah Alam sehingga perkhidmatan itu akhirnya beroperasi Isnin lepas.
Baginda turut menzahirkan syukur memandangkan Anwar selepas mengambil alih jawatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada 2022, bersedia mengembalikan semula lima stesen yang dibatalkan sebelum ini selain mencadangkan pembinaan rumah mampu milik di sekitar kawasan stesen dan laluan LRT3 bagi menambah kemudahan kepada rakyat.
“Beliau juga telah mengarahkan agar tiada lagi sebarang halangan yang perlu dilayan daripada mana-mana pihak berkaitan dengan projek ini. Terima kasih dan syabas Beta ucapkan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim,” titah baginda dalam perutusan yang dikeluarkan hari ini.
Sultan Sharafuddin menegaskan projek LRT3 Shah Alam itu yang berjaya direalisasikan selepas melalui pelbagai cabaran, memberi manfaat kepada rakyat Selangor, khususnya penduduk di Shah Alam, Klang dan kawasan sekitarnya.
Baginda bertitah cadangan pembinaan LRT3 itu tercetus susulan keluhan diterima baginda daripada rakyat, khususnya golongan suri rumah yang sering mengadu mengenai kesukaran suami mereka pulang tepat pada waktunya akibat kesesakan lalu lintas yang teruk.
Sultan Sharafuddin turut memberi penghargaan kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana mendengar titah baginda agar satu kemudahan pengangkutan rel dibina menghubungkan Klang, Shah Alam dan Kuala Lumpur.
Baginda bertitah ketika itu Klang hanya mempunyai dua jambatan melintasi Sungai Klang sehingga menyebabkan masalah kesesakan di waktu puncak bertambah buruk dan sebagai langkah penyuraian trafik segera, pentadbiran kerajaan di bawah Najib ketika itu memansuhkan Plaza Tol Batu Tiga dan Plaza Tol Sungai Rasau pada 2018.
Baginda bertitah apabila berlaku pertukaran kerajaan pada 2018, projek LRT3 tergendala lebih 18 bulan, sebelum berdepan tambahan kelewatan selama 19 bulan akibat pandemik COVID-19 sehingga 2021.
Sultan Sharafuddin bertitah bahawa dalam tempoh tersebut, cadangan saiz setiap stesen turut dikecilkan, jumlah gerabak tren dikurangkan, manakala lima lokasi stesen yang dicadangkan dalam jajaran berkenaan dibatalkan.