BTC USD 61,649.4 Gold USD 4,222.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sultan, raja bukan daripada lanun

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
rajamelayu.jpg


IPOH 25 Jan. – Pakar sejarah, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim berkata, tuduhan bahawa sultan dan raja-raja Melayu tidak lebih daripada ‘lanun’ adalah tidak benar sama sekali.

Menurut beliau, undang-undang British pada abad ke-19 telah menetapkan apa yang dimaksudkan dengan istilah lanun atau piracy.

Beliau berkata, istilah piracy merupakan satu jenayah yang hanya dapat dilakukan di kawasan laut lebih daripada tiga batu dari pantai, yang merupakan kawasan yang tidak bertuan.

“Bagi kawasan laut yang berhampiran dengan sesebuah kerajaan, maka adalah menjadi hak raja boleh menyerang sebarang kapal yang lalu jika pihak yang berkenaan tidak membayar tol. Tindakan ini tidak boleh dianggap sebagai piracy.

“Jadi tuduhan bahawa sultan dan raja juga tidak lebih daripada pirates atau lanun adalah tidak benar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja bertajuk Sorotan Kesultanan Melayu: Menyanjungi Agama, Negara dan Rakyat dalam Muzakarah Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di sini hari ini.

Majlis dirasmikan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Menurut Kay Kim, pihak British ketika menjajah negara sangat faham terhadap sistem kesultanan Melayu yang wujud sejak sekian lama sebelum mereka mula terlibat dalam hal ehwal kesultanan dan kerajaan Melayu.

Beliau berkata, salah seorang pegawai British yang mempunyai pengetahuan mendalam tentang masyarakat Melayu iaitu Frank Swettenham dalam bukunya menulis “umumnya orang Melayu adalah nature’s gentlemen tetapi tanpa sultan atau raja, the Malays will be just a mob”.

“Justeru, pihak British memang faham bahawa dalam masyarakat Melayu tradisi, orang Melayu disedarkan bahawa ‘di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung’.

“Jika mereka tidak mahu tunduk kepada raja, mereka akan ‘ditimpa daulat’,” katanya.

Tambah beliau, sejarah sistem kesultanan atau beraja di negara ini sudah wujud turun temurun walaupun terdapat campur tangan kuasa asing sewaktu dijajah pada penghujung abad ke-19.

Menurut beliau, begitupun sistem tradisional ini dapat menyerap unsur-unsur baharu dan Malaysia kini mempunyai sistem monarki yang luar biasa.

“Sultan dan raja di Malaysia bukan hanya merupakan lambang keutuhan negara bangsa tetapi menjadi pelindung utama agama, negara dan rakyat jelata,” katanya.


- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nas...un-8211-kay-kim-1.183574#sthash.k6cuSstg.dpuf
 
X kisah pakar bangsa apa.. Knowledge rules. Hidup sultan perak.
 
malay land... tp pakar sejarah owg cina... x de ke pakar sejarah dr melayu?

Aku rase ade, tapi kalau yg kua ayat ni pakar melayu ramai dikuatiri ramai yang akan kate pakar tu berat sebelah. Nah sekarang pakar cine pun kate bukan lanun.
 
malay land... tp pakar sejarah owg cina... x de ke pakar sejarah dr melayu?

jika pakar sejarah itu bangsa melayu dan memerihalkan perihal melayu, maka dia akan dikatakan rasis, dan ramailah yang bukan melayu, hatta yang melayu turut menyokong betapa rasisnya pakar tersebut. namun jika pakar sejarah tersebut bukan dari bangsa melayu, maka akan ada pula melayu bertanya, "apakah tiada melayu lagi yang boleh memerihalkan perihal orang melayu sehingga perlu kepada bangsa bukan melayu?"
 
tapi hati lebih berat mengatakan sultan rmai basal dari keturunan lanun. tp ape kan daya alu xde mesin masa nak cek .just berdasarkan penakulan semata2
 
Aku rasa melayu akan jadi mob kalau takde dakwah islamiah
 
yg aku tahu sultan johor saje org sebut asal dari keturunan lanun
 
Back
Top
Log in Register