ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan menyampaikan titah ucapan pada Istiadat Pembukaan Rasmi Penggal Ketiga Dewan Negeri Yang Ketiga Belas Perak Darul Ridzuan. Turut berangkat Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim. - Foto Bernama
IPOH - Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga Dun Perak ke-13 bermula hari ini dengan perasmian yang disempurnakan Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah.
Istiadat pembukaan rasmi telah dimulakan sebaik Sultan Nazrin berangkat tiba bersama Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim di perkarangan Bangunan Perak Darul Ridzuan.
Acara dimulakan dengan nyanyian lagu kebesaran negeri Perak diikuti dengan pemeriksaan perbarisan Pasukan Kawalan Kehormatan.
Sultan Nazrin bersama Tuanku Zara kemudiannya berangkat ke Kamar Diraja diiringi Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir; Yang Dipertua Dewan Negeri, Datuk Seri SK Devamany dan Pegawai kewangan Negeri.
Baginda memulakan titah ucapan pembukaan mesyuarat pertama jam 10.10 pagi dengan mengupas pelbagai aspek di negeri ini.