BTC USD 63,533.9 Gold USD 4,463.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sultan Kelantan semakin pulih

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
KOTA BHARU 24 Ogos - Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra Ibni Sultan Yahya Petra yang kini menerima rawatan di Singapura, semakin pulih daripada trauma saraf otak akibat serangan jantung pada Mei lalu.

Menurut kenyataan Pejabat Sultan Kelantan hari ini, pasukan perubatan Hospital Mount Elizabeth, Singapura amat berpuas hati dengan kemajuan yang ditunjukkan oleh Tuanku.

"Penyakit jantung Tuanku telah pulih dan baginda dalam keadaan stabil. Buat masa sekarang, Tuanku boleh mengambil sedikit minuman dan santapan. Tuanku buat masa ini sedang menjalani rawatan fisioterapi intensif.

"Pasukan Perubatan Hospital Mount Elizabeth menjangkakan Tuanku akan mencapai pemulihan dalam percakapan dan ingatan," katanya.

Kenyataan itu menjelaskan, kemajuan Tuanku adalah hasil kerjasama rapat antara pasukan perubatan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Hospital Raja Perempuan Zainab II dan kumpulan pakar dari Hospital Mount Elizabeth yang diketuai Datuk Dr. Richard Ng.

Baginda dimasukkan ke HUSM, Kubang Kerian sejak 14 Mei lepas akibat masalah jantung dan menerima rawatan lanjut di Hospital Mount Elizabeth sejak 24 Mei lalu.

Berikutan kegeringan baginda, Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra dilantik sebagai Pemangku Raja sehingga Sultan Kelantan sembuh. - BERNAMA
 
Back
Top
Log in Register