BTC USD 76,358.3 Gold USD 4,327.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MYS Sultan Ahmad Shah beri kata putus 19 April samada pertahan jawatan

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
image.jpg

Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah melihat dari dekat Proton Perdana yang dibeli baginda ketika majlis penyampaian tajaan kenderaan oleh DRB-Hicom Berhad di Istana Hinggap Pahang di Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Pendirian Sultan Ahmad Shah sama ada akan mempertahankan jawatan presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), yang disandang semenjak 30 tahun lepas, akan diketahui pada 19 April ini.

Sultan Pahang itu dijangka mengumumkan keputusannya selepas mesyuarat exco FAM pada hari berkenaan.

"Saya tidak terburu-buru dalam hal ini. Pertama sekali kita nak adakan mesyuarat exco pada 19 April ini sebelum saya beri kata putus," titah baginda ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

FAM akan mengadakan pemilihan untuk penggal 2014-2018 sempena Kongres ke-50 badan induk bola sepak negara itu pada 25 Mei ini.

Pada 2 April lepas, Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata tiga pencalonan untuk jawatan presiden diterima tetapi tidak mendedahkan nama calon berkenaan atau persatuan yang mengemukakan pencalonan tersebut.

Media sebelum ini melaporkan dua nama besar disebut-sebut untuk mencabar kedudukan Sultan Ahmad Shah iaitu Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan juga Tengku Mahkota Pahang, yang juga Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Dalam pada itu, Sultan Ahmad Shah bertitah bahawa Ibu Pejabat FAM di Wisma FAM di Kelana Jaya, dekat Petaling jaya, akan berpindah ke kompleks pentadbiran mereka yang baharu di Putrajaya yang dijangka siap dalam tempoh dua tahun.

Kompleks berkenaan yang dibina di atas tanah seluas 2.4 hektar itu turut menempatkan bangunan pentadbiran Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) selain dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas bola sepak.

Terdahulu, baginda menerima penajaan dua buah kereta daripada Kumpulan DRB Hicom Berhad iaitu sebuah kereta Proton Preve dan sebuah Proton Persona untuk kegunaan FAM.

Penajaan tersebut disampaikan oleh Pengarah Urusan Kumpulan DRB Hicom Berhad Tan Sri Mohd Khamil Jamil.

Pada majlis berkenaan, Mohd Khamil turut menyerahkan sebuah bas kepada baginda untuk kegunaan Taman Pengasih Sultan Haji Ahmad Shah, sebuah rumah kebajikan untuk anak-anak yatim yang terletak di Kuantan, Pahang. - Bernama
 
off-topic skit, haritu jumpa perdana baru atas jalan,
dari jauh nampak accord, bila potong nampak lambang proton :)paid
 
off-topic skit, haritu jumpa perdana baru atas jalan,
dari jauh nampak accord, bila potong nampak lambang proton :)paid

aritu menteri mana entah lalu dgn konvoi die..smart tu perdana ni


-kt belakang bonet tu apa? mcm AWACS je. parabola kot
 
Kalau dia turun pn, nnt yg naik anak dia..hurmmmm...makin gelap la FAM lg 30 tahun
 
elok gak kalau baginda berundur, bagi peluang pada orang lain...:D

tapi siapa pulak nanti ?:-?
 
kedengaran laluan akan diberikan kepada calon yang paling kontroversi dan juga diminati. apa pun tunggu sahaja kata putus dari baginda sultan.
 
Udah2 la tu..bg la org lain yg settle kan keje yg ko x dpt settle kan dlm 30 thn ni..
g la blik pahang..jaga rakyat jelata plak
 
Keluar mulut buaya, masuk mulut harimau hahah
 
Back
Top
Log in Register