BTC USD 64,831.0 Gold USD 4,434.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sukar tidur amat berisiko

Viere

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,579
Joined
Aug 8, 2008
Messages
26,579
Reaction score
179
Points
123
LONDON 31 Jan. - Satu kajian baru mendapati, golongan yang sukar tidur malam berisiko enam kali lebih tinggi menghidap kencing manis dan penyakit jantung.

Kajian yang diterbitkan dalam jurnal Nature Genetics itu sekali gus memperlihatkan kesan lebih serius akibat gangguan tidur selain keletihan dan cepat marah.

Penyelidikan melibatkan hampir 20,000 koresponden itu mendapati, simptom-simptom kencing manis boleh dilihat pada seseorang individu yang mengalami gangguan tidur hanya selama tiga malam.

Penemuan terbaru itu boleh menjelaskan kajian sebelum ini yang menunjukkan mengapa individu yang bekerja pada waktu malam lebih terdedah kepada kencing manis jenis 2 dan penyakit jantung.

Saintis berkata, protein yang rosak dikenali sebagai MT2, boleh menganggu hubungan antara kitaran biokimia, fisiologi dan kelakuan dengan pengeluaran hormon insulin, mengakibatkan kawalan luar biasa kepada paras gula dalam darah yang digelar kencing manis jenis 2.

Profesor dari Kolej Imperial London, Philippe Froguel berkata, kawalan gula dalam darah merupakan satu daripada kebanyakan proses yang mengawal kitaran biologi badan.

"Kajian ini boleh memahamkan kita tentang bagaimana genetik yang membawa komponen utama dalam kitaran badan, boleh mempengaruhi risiko kencing manis individu tertentu.

"Kita juga dapat mengenal pasti jenis genetik MT2 yang sangat jarang ditemui yang membawa kesan lebih besar berbanding jenis biasa yang ditemui sebelum ini," katanya.

Pengarah Pusat Diabetes United Kingdom, Dr Iain Frame berkata, kajian genetik seperti yang dilakukan itu sangat berguna kerana ia menjelaskan bagaimana bentuk genetik seseorang boleh mempengaruhi risiko mereka menghidap kencing manis jenis 2.

"Risiko kepada penyakit itu tidak dikawal oleh satu genetik. Kita juga tahu perubahan genetik lain seperti faktor cara hidup besar kemungkinan boleh memberi kesan kepada keadaan kompleks ini," katanya. - AGENSI
 
pergh...bahaya nie..
aku dh la susah nk tido
~X(~X(~X(
 
boleh la kita ucap selamat tinggal ngan kawan2 kat sini ek ?
 
pergh!!!!! aku dh setahun lebih keje mlm ni. bahaya btul la.
 
huhuhu... ada betulnya...

dulu masa aku kerja.. pukul 12 mlm dah tidur... jarang anak kena marah...

sekarang bila dah kerja sendiri... pukul 4 pun tak tidur lagi... lepas subuh tidur... pukul 8 dah bangun & keluar ke opis...~X(

Dulu buat tak ingat kalau kerja tak siap... sambung.. sambung..sambung...

sekarang baru kena ingat... yang tu tak siap.. yang ni tak siap...
:((:((:((:((:((....

tapi dalam mcm ni aku enjoy....:D:D:D:)
 
adeh ..aku susah nak tido...kalu tido pun sekojap2..2-3 jam dah bgn..nak tido balik mmg susah..cam ner ek...aku terasa gak ngantuk..bila balik rumah x mau tido...kalu tido pun jap jer..nak dapat feel tido mmg susah...
 
Sebab tu kita kena ikut sunnah nabi iaitu tidur awal dan bangun semula tgh mlm. Kita terbalik slps dah tgh mlm pun tak tdo lg. Mungkin ni dah terbiasa tido lmbt sbb tu susah nak tido
 
aku jenis senyap..
ckp bile perlu..
tapi pemarah..

tido xikot mase..
kdg2 kurang..kdg2 over..
kdg2 xtido 1 ari..kdg2 kdg2 kdg2..

:D
 
errr....kalau terlebih tidur ade masalah tak? satu hari tido dalam 14 jam
 
hmm bahaya ni..

den pun sukar tidor sebab biasanya malam dah biasa buat kerja/project...
 
Back
Top
Log in Register