BTC USD 65,617.5 Gold USD 4,434.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sukan Asia 2022

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,458
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,458
Reaction score
7,735
Points
916
Hangzhou 2022 - Keputusan terkini buat kontinjen Malaysia di Sukan Asia 2022

1695724761990.png

Jadual bertanding atlet Malaysia pada 26 September 2023

Capture.jpg


Captu.jpg

Sumber asal Majlis Sukan Negara
 

Attachments

Last edited by a moderator:
Perjuangan Malaysia Bermula!

23.09.2023 - Selari dengan tema Sukan Asia ke-19 iaitu 'Hati ke Hati@Masa Depan,' pakaian bagi perarakan kontinjen negara pada Majlis Pembukaan Sukan Asia 2022, malam ini bukan hanya pakaian semata-mata. Ini kerana pakaian terbabit membawa makna yang besar berkonsepkan rasa santai, mengikut peredaran zaman, bijak tetapi dipacu rasa semangat muda sebagai simbol kepada @masa Depan. Ia menjadi pilihan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) sebagai simbolik kepada cita-cita dan keazaman MOM sebagai pemegang taruh sukan di Malaysia bagi menyemarakkan hubungan 'Hati ke Hati' selain menghidupkan @masa Depan kepada gerakan Olimpik di negara ini. Untuk itu, blazer berwarna biru, tali leher merah buat atlet dan pegawai lelaki serta seluar panjang putih menggambarkan rasa kesatuan dalam kalangan rakyat Malaysia seperti yang terdapat pada bendera Malaysia.​

1695481820992.png

Malaysia akan menjadi negara ke-22 yang berarak masuk di Stadium Pusat Sukan Olimpik Hangzhou dengan dua atlet iaitu atlet berbasikal, Muhammad Shah Firdaus Shahrom dan atlet skuasy, S Sivasangari sebagai pembawa Jalur Gemilang. Seramai 50 atlet menyertai perarakan malam ini membabitkan 28 atlet dan 22 pegawai diketuai Ketua Kontinjen, Datuk Dr Chong Kim Fatt serta dua timbalannya, Datuk Mohamad Iruan Zulkefli dan Prof Madya Dr Farrah Hani Imran. Sementara itu, Presiden MOM, Tan Sri Mohamad Nor Zakaria melihat semangat atlet pada edisi kali ini begitu tinggi sekali gus mengharapkan kejayaan lebih baik pada temasya kali ini.​

1695481837949.png

"Ini adalah Sukan Asia selepas Covid-19 dan atlet kita sudah bersedia lebih empat tahun untuk menghadapi sukan ini. Semangat ditunjukkan mereka sangat tinggi. Jadi kita harap prestasi kita di Hangzhou ini dapat memberikan pulangan dan keputusan baik," kata Norza.​

1695481860033.png

Bagi majlis pembukaan malam, persembahan gala disajikan menerusi tiga babak di mana babak pertama adalah 'Timeless Grace' yang mengandungi tiga bahagian iaitu 'The Charm of Ink Wash', 'Jiangnan Through The Mist and Rain' serta 'Shining Through the Ages'. Babak kedua menampilkan 'Tidal Bore Of The Qiantangjiang Rivers' dengan tiga bahagian juga iaitu 'Riding The Waves', 'Rising To The Top' dan 'Surging To The Future.' Babak terakhir bertemakan 'Together Towards The Future' dengan bahagian 'Shanshui', 'A Community That Knows No Boundaries' serta 'We Are Family.'

Berita asal https://www.hmetro.com.my/utama/2023/09/1012730/perjuangan-malaysia-bermula
 
Pasukan Badminton Lelaki Kalah Awal

29.09.2023 - Episod memedihkan dialami barisan pemain badminton lelaki negara apabila tersingkir di saingan berpasukan hari ini. Malaysia yang baharu sahaja memulakan kempen di pusingan 16 dengan berdepan ujian Korea Selatan nyata tidak mempunyai ramuan mantap apabila tumbang 1-3 di Binjiang Gymnasium, Hangzhou. Lee Zii Jia yang turun selaku perseorangan pertama tewas mengejut 1-2 kepada Jeon Hyeok Jin menerusi catatan 14-21, 21-14 dan 18-21.

sBqHJuez-BULETIN-TV3-98.jpg


Beregu lelaki Aaron Chia/ Soh Wooi Yik kemudian memberi nafas semula kepada kem negara dengan kemenangan 2-0 ke atas Seo Seung Jae/ Kang Min Hyuk hasil keputusan 21-17, 21-9.

VxKHSipO-BULETIN-TV3-99.jpg


Giliran wakil ketiga Ng Tze Yong membawa misi menentang Lee Yun Gyu namun nasib malang juga menimpanya tewas 0-2 akibat kekalahan 11-21, 16-21 sekaligus mata kedua lawan. Harapan terakhir kepada gandingan senior Ong Yew Sin/ Teo Ee Yi untuk menyelamatkan Malaysia daripada kekalahan nampaknya meleset gara-gara kecundang straight set 16-21, 18-21 kepada Kim Won Ho/ Na Sung Seung.

Hgudx9qL-BULETIN-TV3-100.jpg


Kekalahan awal itu menyebabkan Malaysia mengulangi kegagalan pada edisi sebelumnya di Jakarta-Palembang yang menyaksikan skuad ketika itu tewas kepada Jepun 0-3 di peringkat sama. Memandangkan skuad wanita tidak bahagian dalam acara berpasukan, peluang pemain negara seterusnya yang tinggal ialah kategori individu dijadual 2 Oktober nanti.

Berita asal https://www.buletintv3.my/sukan/hangzhou-2022-pasukan-badminton-lelaki-kalah-awal/
 
Skuad Skuasy Wanita Atasi India, Gah Ke Separuh Akhir

29.09.2023 - Kempen Malaysia dalam acara skuasy berpasukan wanita terus meyakinkan apabila muncul juara kumpulan B selepas merakam kemenangan keempat hari ini. Pasukan negara menewaskan India 3-0 dalam aksi terakhir sekaligus cemerlang tanpa melepaskan sebarang set ke separuh akhir selepas ini. Mata pertama disumbang S. Sivasangari yang menumpaskan Joshna Chinappa 3-0 hasil permainan singkat straight set 11-6, 11-2 dan 11-8. Barisan bimbingan Ajaz Azmat dan Andrew Cross itu kemudian berdebar melalui perlawanan kedua diantara Aifa Azman dan Tanvi Khanna Pusat Skuasy Hangzhou Olympic Sports Park Expo Center.

Pemain berusia 21 tahun dari Kedah itu ketinggalan dua kali menyebabkannya perlu bekerja lebih keras menyekat lawan sehinggalah mendapatkan mata kemenangan Malaysia hasil keputusan 3-2 dengan catatan 9-11, 11-1, 7-11, 13-11 dan 11-5 dalam tempoh 46 minit. Tugasan selaku pemain ketiga yang dipikul Rachel Arnold juga dilaksanakan sebaiknya apabila mencatat 3-0 ke pemain berusia 15 tahun Anahat Singh dengan 11-7, 11-7 dan 14-12. Malaysia yang menumpaskan Nepal, Pakistan dan Macau sebelum ini menerusi keputusan sama dijadual turun dalam pertarungan separuh akhir esok.​

1695963736189.png
 
Speedy Tigers Lepas Geram Kepada Indonesia, Rakam Kemenangan Ketiga

29.09.2023 - Malaysia mengambil alih kedudukan teratas kumpulan B saingan hoki lelaki Sukan Asia ke-19 seketika apabila mengumpul kemenangan ketiga petang tadi. Dalam aksi menentang Indonesia yang dimainkan di padang Gongshu Canal Sports Park, anak buah A. Arulselvaraj itu sekali lagi mencetak kemenangan besar dengan keputusan 9-2. Muhammad Najmi Farizal Jazlan menyumbang dua gol dari pukulan sudut penalti yang dihasilkan minit (m) ke-19 dan 35. Tujuh lagi pemain tidak ketinggalan turut mencatat nama selaku penjaring negara iaitu Mohamad Ashran Hamsani (m-5), Muhammad Firhan Ashaari (m-17), Shello Silverius (m-38) dan Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal (m-42) dari gerakan padang.

W2pvAQPm-BULETIN-TV3-87.jpg


Diiringi penyudah pukulan sudut penalti oleh Faizal Saari (m-33), Muhammad Razie Abd Rahim (m-43) dan Muhammad Aminuddin Mohd Zain (m-48). Lawan yang dibimbing bekas jurulatih kebangsaan Muhammad Dharma Raj Abdullah hanya mampu meraih dua gol dari penyudah padang Ahdan Asasi (m-15) dan penalti Aulia Al Ardh (m-55). Momentum mantap itu memastikan Speedy Tigers mengumpul sembilan mata berbaki dua lagi pertemuan penting, menentang Korea Selatan Sabtu ini disusuli perlawanan terakhir dan kelima melawan China 2 Oktober nanti.

“Walaupun kami menewaskan Indonesia 9-2 namun persediaan mental pemain untuk aksi hari ini agak kurang memuaskan kerana terlalu banyak kesilapan mudah yang tidak patut berlaku dan ia agak mengecewakan saya. Baru-baru ini ketika di Kejohanan Trofi Juara-Juara Asia, kami menewaskan mereka dua kali. Saya berharap ia sedikit sebanyak memberikan semangat dan keyakinan buat pemain untuk menentang Korea Selatan.” kata Arulselvaraj yang mahukan pasukannya mara ke fasa separuh akhir di Hangzhou selaku juara kumpulan.

Berita asal https://www.buletintv3.my/sukan/han...ram-kepada-indonesia-rakam-kemenangan-ketiga/
 
Mahu Bawa Pulang Pingat Emas, Aira Harap Beri Aksi Terbaik Di Final

29.09.2023 - Pemain skuasy negara Aira Azman yang meraikan ulang tahun ke-19, berharap dapat menyumbang pingat emas buat Malaysia menerusi acara akhir berpaukan wanita ketika bertemu juara bertahan Hong Kong, di China, pada Sabtu. Kemenangan itu bakal menjadi kejayaan terbaik buat naib juara Kejohanan Skuasy Remaja Dunia itu sebagai memperingati penampilan sulungnya di Sukan Asia. Dalam perlawanan peringkat separuh akhir hari ini, pasukan skuasy wanita negara menewaskan Korea Selatan 2-0, manakala Hong Kong menewaskan India 2-1. Walaupun Aira tidak beraksi dalam perlawanan hari ini (Jumaat) dan perlawanan akhir Kumpulan B semalam (Khamis) menentang India, namun dia menyumbang mata untuk skuad negara dengan menewaskan Nepal, Pakistan dan Macau, sebelum ini.

Aira juga akan beraksi dalam acara perseorangan wanita, mulai Ahad ini. Sejak acara berpasukan diperkenalkan di Sukan Asia Guangzhou 2010, Malaysia yang diketuai oleh bekas ratu skuasy negara, Datuk Nicol David, memenangi acara itu berturut-turut pada edisi 2010 dan Doha 2014. Namun, skuad negara terpaksa berpuas hati dengan pingat gangsa di Jakarta-Palembang 2018 selepas tewas di tangan India pada peringkat separuh akhir.​

"Saya hanya berharap kami akan beraksi dengan baik di peringkat final acara berpasukan. Tiada tekanan, jadi lakukan dengan baik,” katanya ketika ditemui di Gelanggang Skuasy Pusat Sukan Olimpik Hangzhou pada Jumaat.

1695989348475.png
 
Pasukan Skuasy Wanita Ke Perlawanan Akhir, Hampiri Pingat Emas

29.09.2023 - Kontinjen negara berpeluang menambah satu lagi kilauan emas apabila skuad skuasy wanita melangkah ke perlawanan akhir acara berpasukan. Malaysia yang berdepan Korea Selatan di peringkat separuh akhir di Pusat Skuasy Hangzhou Olympic Sports Park Expo Center merakam kemenangan 2-0. Aifa Azman mengambil masa selama 20 minit sahaja mengenepikan cabaran Eum Hwa Yeong straight set menerusi permainan 11-4, 11-1 dan 11-8.

Seorang lagi pemain perseorangan, S. Sivasangari kemudian tidak mampu dicabar Lee Ji Hyun apabila mencatat 11-4, 11-4 dan 11-5 untuk mengesahkan tempat ke penentuan juara esok. Skuad kendalian Ajaz Azmat dan Andrew Cross itu berpeluang memperbaiki pencapaian pingat gangsa di Jakarta-Palembang, namun berdepan juara bertahan Hong Kong jam 1 petang esok yang menewaskan India dalam satu lagi pertemuan separuh akhir siang tadi.​

1695989868744.png
 
Back
Top
Log in Register