BTC USD 86,251.4 Gold USD 4,358.48
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Subsidi minyak, Rakyat sedang ditipu - Pemerhati

sabar la orang tengah bercuti...nak kena masuk plkn dulu utk menghadapi ketahanan mental dan fizikal.
kau orang apa tahu...main tiktok je
 
Nasional

Harga runcit RON97, diesel dikurangkan 8 sen​

Oleh Muhammad Asyraff Hafizi
Mei 7, 2025 @ 5:06pm

Foto hiasan. - NSTP/ Gambar fail
Foto hiasan. - NSTP/ Gambar fail
KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON97 serta diesel di Semenanjung Malaysia dikurangkan masing-masing lapan sen bagi tempoh seminggu iaitu antara 8 hingga 14 Mei ini.
Kementerian Kewangan memaklumkan langkah penurunan harga bahan api itu diambil seiring perubahan harga pasaran minyak dunia.

Melalui pengurangan itu, katanya harga runcit RON97 akan turun kepada RM3.10 seliter, manakala harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia turun kepada RM2.80 seliter.
Mengulas lanjut, kementerian itu berkata berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Penetapan Harga Automatik (APM), harga bagi tempoh 8 hingga 14 Mei ditetapkan seperti berikut.

(i) harga runcit petrol RON97 diturunkan lapan sen kepada paras RM3.10 seliter.

(ii) harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter.
(iii) harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia diturunkan lapan sen kepada paras RM2.80 seliter
(iv) harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter

"Kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaras harga runcit RON97 dan diesel dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak dan juga menyokong kestabilan harga.
"Kerajaan akan terus mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara," menurut kenyataan Kementerian Kewangan itu.
 
Sengsara la

Da tak bole seludup ke siye 🫢

Lelaki Dipercayai Cuba Seleweng Minyak Diesel Ditahan​


d65831_028a07fc375e43b7a83f00110a7f30b0~mv2.jpg


6 Mei 2025



KOTA KINABALU: Tindakan pantas Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya mematahkan satu cubaan menyeleweng diesel bersubsidi dalam operasi serbuan di Jalan SK Kionsom, Inanam, di sini, semalam.



Dalam serbuan kira-kira jam 5 petang itu, pasukan operasi berjaya menahan sebuah lori tangki yang membawa muatan 20,000 liter minyak diesel bernilai RM309,450.



Komander PPM Wilayah Empat Sabah, Asisten Komisioner Nazri Ibrahim berkata, pihaknya menahan sebuah lori tangki selepas dikesan dalam keadaan mencurigakan.



d65831_dbcccf159a8c42ee9dd887d51bc747cc~mv2.jpg




Katanya, sebaik ditahan, pemeriksaan mendapati lori berkenaan membawa muatan 20,000 liter minyak diesel bersubsidi.



“Semasa ditahan, individu berusia 58 tahun terbabit gagal tunjukkan sebarang permit atau mana-mana dokumen yang sah daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).



“Suspek terus ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.



Sehubungan itu, Nazri berkata, PPM Wilayah 4 Sabah akan terus komited dalam membanteras jenayah penyeludupan demi keselamatan dan kesejahteraan negara.



Katanya, aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi akan merugikan negara dari segi kehilangan hasil.
 
Back
Top
Log in Register