BTC USD 63,087.5 Gold USD 4,317.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Subprima dalam penerangan yang mudah

cam mana pulak ngan kos2 bahan mentah dr supplier...?
besi, simen, dll mungkin dtg dr import luar negara

US tuh besar BRO .... rasanya kebanyakkan mende asas pembinaan tuh x perlu import
 
Kebetulan pula tadi saya terima emel bagi perkara yg sama mungkin boleh tambah share hehehehe....
Assalamualaikum semua

Kebelakangan ini kita dikejutkan oleh krisis ekonomi yang amat serius yang berlaku di Amerika Syarikat. Saya sendiri amat tertarik untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang krisis ekonomi ini kerana walaupun mungkin ramai daripada kita yang kurang bersetuju dengan tindakan2 AS di dunia ini, kita tidak boleh menafikan yang jika ekonomi AS merudum, ianya akan mengheret ekonomi-ekonomi dunia lain termasuklah juga ekonomi Malaysia.

Indeks bursa saham seluruh dunia jatuh bagaikan pin boling dengan didahuli oleh ruduman yang menakutkan di Wall Street di mana indeks jatuh sebesar 700 mata dalam sehari!. Indeks Bursa Saham Wall Street turun di bawah 10,000 mata minggu ini dan hari ini indeks Dow Jones turun ke 9,955.50 iaitu penurunan sebanyak 369.88 mata atau 3.58%.

Walaupun kerajaan Malaysia telah berjaya mempelbagaikan negara-negara yang berdagang dengan kita seperti mempertingkatkan perdangangan dengan Jepun dan China tetapi kita juga akan merasai kesan sampingan atau 'side effect' daripada krisis ekonomi di AS oleh kerana negara-negara di dunia ini :-

1. Banyak berdagang dengan AS - Mengikut US Census Bereau, China mengeksport barangan berjumlah USD321 bilion dalam tahun 2007.

(Sumber - http://www.census.gov/foreign-trade/balance/c5700.html#2007 )

Jepun pula mengeksport barangan berjumlah USD145 bilion dalam tahun 2007.

(Sumber - http://www.census.gov/foreign-trade/balance/c5880.html#2007 )

Malaysia juga banyak mengeksport barangang ke AS dan pada tahun 2007 kita mengeksport USD32.6 billion dalam tahun 2007.

2. Banyak memegang US Treasury Bond - US Treasury Bond ialah Bon Perbendaharaan Amerika Syarikat yang dikeluarkan oleh kerajaan AS untuk membiayaai defisit perbelanjaan negara mereka. Defisit berlaku oleh kerana kerajaan AS berbelanja lebih daripada pendapatan mereka.

Menurut Chinadaily.com pada June 2008, China memegang USD $503.8 billion US treasury bonds.

(Sumber http://www.chinadaily.com.cn/bizchina/2008-08/18/content_6947539.htm )

Bila berlaku krisis ekonomi di AS, harga Bond akan jatuh dan ini akan menjejaskan aset China dan secara tidak lansung turut akan menjejaskan perdagangan China dengan Malaysia.

3. Banyak memegang US dollar dan juga membayar perdagangan dalam US Dollar.

Banyak negara-negara di dunia ini yang memegang US dollar sebagai currence reseves mereka iaitu untuk mengukuhkan nilai matawang mereka. Sebagai contoh, Malaysia juga memegang US dollar dan lain2 matawang yang sekarang berjumlah USD119 billion pada bulan September 2008. (Sumber : http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=111)

Perdagangan antarabangsa juga banyak menggunakan US dollar sebagai mekanisma pembayaran.

Bila berlaku krisis ekonomi di AS, ada kemungkinan besar nilai US Dollar akan jatuh teruk dan ini akan menjejaskan:-

1. Nilai Foreign Currency reserves kebanyakan negara2.

2. Nilai barangan yang akan diterima dalam matawang tempatan. - Sebagai contoh, jika Malaysia telah memasuki kontrak untuk menjual minyak kelapa sawit pada harga USD100 juta dan USD jatuh dari USD1=RM3.5 kepada USD1=RM3 maka:-

i. Harga sawit jika 1USD= RM3.5 = RM350 juta

ii. Harga sawit jika 1USD= RM3 = RM300 juta

Dalam contoh di atas, Malaysia telah kerugian sebanyak RM50 juta akibat kejatuhan USD. Ini bermakna, eksport-eksport barangan dan perkhidmatan Malaysia akan mendapat hasil yang berkurangan dalam Ringgit Malaysia.

Apakah PUNCA kriris Ekonomi di AS?

Jika anda ada mengikuti perkembangan krisis ekonomi di AS anda akan lihat yang ianya bermula daripada kerugian dan juga kebankrapan bank-bank besar di AS. Anda semua tahu yang bank-bank dan institusi kewangan di mana-mana negara merupakan tunjang ekonomi sesuatu negara dan jika ianya mula tumbang, eknomi negara itu akan turut tumbang dan jika negara yang tumbang itu ialah satu negara gergasi seperti AS maka ianya akan tumbang dan mencederakan banyaki negara-negara di dunia ini.

Menurut BBC News (Sumber : http://news.bbc.co.uk/2/hi/business/7073131.stm) bank2 di AS sudah mengalami kerugian sebanyak USD60 billion.

Kerugian ini berpunca apabila struktur pembiayaan perumahan di AS berubah. Biasanya bank2 seperti di Malaysia akan menggunakan wang yang mereka dapat dari pendeposit untuk dipinjamkan ke peminjam. Oleh itu dalam keadaan normal, bank menggunakan wang yang ada di bank mereka untuk memberi pinjaman dan bank akan membuat keuntungan dari perbezaan faedah.

Sebagai contoh:-

Bank A terima RM100 juta deposit dan membayar faedah sebanyak 5% kepada pendeposit.

Kos faedah = 5% X 100 juta
= 5 juta setahun

Bank akan menggunakan sebahagian daripada RM100 juta itu untuk menwarkan pinjaman kepada yang memerlukan. Sebagai contoh bank Malaysia mungkin hanya dibenarkan untuk menggunakan 80% sahaja daripada deposit ie RM80 juta

Bank A pinjamkan RM80juta kepada peminjam pada faedah sebanyak 10% kepada pendeposit.

Hasil faedah = 10% X 80 juta
= 8 juta setahun

Dari contoh mudah ini Bank telah membuat keuntungan kasar sebanyak RM3 juta.


Kos faedah = 5% X 100 juta
= 5 juta setahun

Ini ialah model tradisional dalam proses pinjaman bank.

Bagaimanapun, bank-bank di AS telah menggunakan model yang berbeza dimana mereka mendapatkan dana daripada pihak ketiga iaitu mereka telah menjual Pinjaman perumahan mereka kepada pihak ketiga dan dengan itu mereka tidak perlu ada banyak deposit untuk memberi pinjaman2 yang besar.

Cth:-

Deposit diterima Bank A - RM100 juta
Dana dari pendeposit untuk dipinjamkan - RM80juta (80% dari deposit)
Dana dari Pihak ketiga - RM100 juta

Jumlah yang boleh dipinjamkan - RM180 juta

Dalam contoh di atas, Bank A boleh meminjamkan RM180 juta jika mengikut model ini berbanding dengan RM80 juta sahaja dalam Model Tradisional.

Bank A bagaimanapun perlu mengutip ansuran dari peminjam untuk RM100 juta yang didapati dari Pihak Ketiga itu dan bank akan menerima yuran perkhidmatan atau 'fee' dari pinjaman itu.

Malangnya dalam keghairahan bank2 membuat untung, mereka telah cuai dalam menganalisa peminjam dan kelayakan mereka. Bank2 telah memberikan pinjaman yang tinggi kepada mereka yang tidak layak dan ini menyebabkan ramai pemnjam tidak dapat membayar ansuran pinjaman merekd dan banyak rumah telah dirampas dan dilelong.

Bank A dalam contoh di atas sebenarnya berhutang RM100 juta dengan Pihak Ketiga itu dan jika peminjam gagal bayar, Bank A yang perlu menanggungnya. Jika Bank A gagal membayar RM100 juta itu,Bank A boleh di saman dan boleh bankrap. Sudah tentu Bank A akan menghadapi masalah oleh kerana jumlah deposit mereka pun cuma RM100 juta dan mereka tidak boleh menggunakan semua jumlah itu untuk membayar hutang mereka itu.

Jika anda ada kesempatan cuba baca artikel di http://news.bbc.co.uk/2/hi/business/7073131.stm yang menerangakan dengan jelas tentang punca Krisis Ekonomi di AS sekarang ini.
 
Bermaknanya Sistem Bank di US x dikawal oleh Bank Negara mereka ker?
 
ade yg boleh bg penerangan kepada usd giler2 mengukuh skrg....?
 
ade yg boleh bg penerangan kepada usd giler2 mengukuh skrg....?

X brape pasti le tapi saya rasa dr segi forex trading, ia mengukuh psl perbandingan. US dah sah ada problem tapi ekonomi die org sgt besar dan ia digandingkan dgn currency lain yang akan dan dah terbabit dgn krisis subprima ni dan ekonomi bg currency2 lain tu juga dah atau akan bermasaalah.
 
Kemanakah semua duit itu pergi??? Kepada kontraktor atau developer???

sebenarnya dalam circle ekonomi bank akan pinjamkan wang (invest) pada developer dan developer akan payback kepada bank dalam bentuk modal dan interest. Pada masa sama bank bagi pinjam pada individu (layak dan tak layak) untuk beli rumah daripada developer. Kepada yang tak layak,kekangan atau komitmen kepada perbelanjaan budjet lain kekadang menyebabkan mereka gagal melunaskan hutang pokok dan bunga pada bank.

Bank pulak bagi option kepada pembeli untuk refinance rumah semula dgn harga tinggi walhal kemampuan membayar balik tidak dapat dijamin.
 
baru aku paham apa yang terjadi... thanx sebab bg info mudah... jadi betul ler kata2 sesetengah ulamak... satu hari nanti, ekonomi kapitalis ni akan runtuh... tak berkat duk makan riba... harap mesia pon udah2 la bergantung ngan dolar... dulu cadang suh guna dinar, tamau...
 
Sekadar berkongsi maklumat. Apa yang kita fahami tentang Subprima yang melanda Amerika dan mempengaruhi ekonomi dunia sehinggakan negara kita juga merasa bahangnya.

http://www.youtube.com/watch?v=5OtKt3ezHY0

http://www.revver.com/video/466840/superhero-to-save-sub-prime-housing/<<<<klik disini

• Apa Itu Krisis Sub Prima


Krisis sub prima berlaku apabila bank tidak lagi menggunakan sistem konvensional (riba jahiliyyah) yang biasa mereka gunakan selama ini. Kita panggilnya sebagai sistem konvensional tradisional.
Dalam sistem konvensional yang tradisional, apabila anda meminjam untuk membeli sebiji rumah, rumah itu adalah cagarannya. Bila anda gagal membayar ansuran rumah tersebut, bank akan tarik rumah anda dan rumah anda akan dilelong.
Masalah dalam sistem konvensional tradisional ini adalah, bank mempunyai had tertentu untuk memberikan pinjaman kerana pinjaman yang mereka boleh beri adalah bergantung kepada jumlah deposit yang mereka dapat.
Biasalah, orang bisnes selalu nak untung lebih. Dah untung 1 bilion mahu untung 10 bilion.
Jadi, institusi kewangan sebegini mencari jalan untuk mendapatkan sumber kewangan yang lebih untuk membolehkan mereka memberikan lebih banyak hutang dan seterusnya membuat lebih untung dengan riba’.
Akhirnya mereka berpakat sesama mereka untuk membentuk satu dana besar dimana mereka menjual cagaran-cagaran tersebut dalam pasaran hutang atau bond market.
Mortgage bond market ini setelah dipakejkan oleh bank-bank pelaburan (investment bank), pula dibeli oleh pelabur-pelabur seperti bank lain, syarikat insurans, pengurus dana pencen, saham amanah dan sebagainya.
Pelabur-pelabur ini yakin dengan bond-bond yang mereka beli kerana dalam pasaran bond ada rating agency yang memberikan gred-gred tertentu kepada bond-bond ini. Jadi, mereka ada keyakinan yang bond yang mereka beli itu nanti akan memberikan pulangan apabila tempohnya matang nanti.
Apabila bank mula mendapat wang tambahan dari dana baru ini untuk dipinjamkan, maka mereka juga mula memberikan hutang kepada individu-individu yang tidak layak untuk meminjam dalam keadaan biasa. Maka ia dipanggil pinjaman sub prima. Selain sub prima perumahan, ada juga sub prima kad kredit.
Di Amerika, dianggarkan 25% daripada penduduknya tidak layak meminjam dengan sistem konvensional tradisional.
Jumlah pinjaman sub prima ini pula pada Mac 2007 dianggarkan bernilai USD 1.3 trilion (RM 4.4 trilion)
Apabila institusi kewangan di Amerika mengamalkan pinjaman sebegini, dengan faktor kejatuhan pasaran hartanah di Amerika, akhirnya para peminjam ini mula gagal membayar hutang mereka.
Apabila peminjam-peminjam ini mula gagal membayar hutang, maka pelabur yang membeli bond-bond sub prima ini mula kerugian kerana keuntungan yang mereka jangka akan diperolehi tidak ada.
Apabila para pelabur kerugian, maka pasaran bond sub prima di Amerika pun mula bermasalah. Apabila bermasalah, bank mula tidak mendapat sumber baru untuk memberikan lebih banyak hutang. Apabila hutang baru tidak boleh diberikan, maka pembeli rumah tidak dapat menjual rumah mereka kerana pembeli baru tidak boleh berhutang dan seterusnya.
Para pelabur pasaran bond ini habis duit, untung yang dijanjikan kepada pelanggan (macam di Malaysia ni yang bayangkan KWSP, ASB, saham amanah, insurans dan sebagainya semua rugi) tiada.
Bank dan institusi kewangan habis duit, sebab orang yang gagal bayar hutang (defaulter) jauh lebih ramai dari yang berjaya bayar hutang habis. (Sedangkan dalam keadaan biasa, mereka perlu kawal jumlah defaulter biar tak terlalu ramai)
Spekulator / flipper dalam pasaran hartanah Amerika habis duit, sebab dah terbeli rumah pada harga tinggi, nilai rumah yang sebenar adalah rendah, dan rumah tersebut tidak dapat dijual dengan pelbagai sebab antaranya pembeli baru tidak dapat buat hutang dari bank. (Sebab tu adalah lebih baik melabur dalam pasaran hartanah kerana cashflow, dan bukan untuk jual balik dengan harga lebih tinggi semata-mata)
Itu belum campur dengan kerugian para pelabur yang melabur dalam syarikat-syarikat yang terjejas secara langsung dengan krisis krediti ini. Bayangkan kerugian para pelabur Lehman Brothers yang muflis dalam krisis ini.
Maka akhirnya ia membentuk satu chain reaction.
Dan chain reactionnya adalah sangat besar.
Inilah yang dinamakan krisis sub prima. Harapnya saya telah memudahkan anda untuk faham krisis ini tanpa terlalu banyak menggunakan istilah kewangan yang susah nak faham.
Moga anda yang membaca blog Pakdi.my :)paid:)paid:)paidini akan lebih faham apakah krisis yang sedang berlaku hari ini.

kredit untuk blog Pakdi.my

yang ni tak pastilah terasa bahangnya atau tidak

funny-pictures-raccoon-subprime-mor.jpg

bagus info nih.. lg satu info DR M.. kt akhbar mana ntah.. xsilap aku smlm la .. dia komen .. bank2 dunia kaya tanpa guna wang.. cam tu la lebih kurang..saper2 yg ade beli hard copy.. leh tepek kt sini
 
Back
Top
Log in Register