BTC USD 83,585.0 Gold USD 4,194.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Subhanallah @ subahanallah? Berhati2 ucapan anda.

1305

Super Active Member
Messages
9,729
Joined
Sep 19, 2008
Messages
9,729
Reaction score
136
Points
73
Assalam semua,

Pagi tadi, time aku OTW ke tempat kerja, aku tiba2 terfikir, mana satu yang betul sebutan aku ni, subhanallah atau subahanallah?

kalau ikut ejaan, kedua2 tu boleh dibunyikan kalau x ada baris.

tapi aku sangsi, sebab dalam bahasa arab, tersilap baris boleh jadi lain maksudnya.

so aku googlekan dan ini yang aku dapat;

Subhanallah (سبحان الله)

Maksud literalnya adalah "Maha Suci Allah". Jika dikaji dari sudut bahasa, kalimah "Subhaana" adalah membawa maksud tanzeeh, yakni penyucian dan pembersihan dari segala kekurangan dan kelemahan. Ia terdapat dalam beberapa tempat dalam al-Quran:

"Allah sekali-kali tidak mempunyai anak, dan sekali-kali tidak ada tuhan (yang lain) beserta-Nya, kalau ada tuhan beserta-Nya, masing-masing tuhan itu akan membawa makhluk yang diciptakannya, dan sebagian dari tuhan-tuhan itu akan mengalahkan sebagian yang lain. Maha Suci Allah dari apa yang mereka sifatkan itu," (al-Mu'minuun: 91)


" Dan Tuhanmu menciptakan apa yang Dia kehendaki dan memilihnya. Sekali-kali tidak ada pilihan bagi mereka. Maha Suci Allah dan Maha
Tinggi dari apa yang mereka persekutukan (dengan Dia)." (al-Qasas: 68)


Daripada ayat-ayat di atas, dapatlah kita simpulkan bahawa kalimah "Subhaanallah" adalah bermaksud Allah Subhaanahu Wata'ala adalah Suci
dari segala kekurangan, kelemahan dan ketidak sempurnaan yang tidak layak bagiNya.

Justeru, apabila melafazkan kalimah "Subhaanallah" , seharusnya terlintas di dalam hati kita bahawa Allah Ta'ala itu Maha Agung, Maha
Sempurna serta langsung tidak ada kekurangan atau kelemahan. Dari itu, akan lahirlah rasa bahawa diri kita ini adalah hamba yang
hina kerana kita ini serba kekurangan dan banyak membuat kesilapan. Lalu wajarlah Allah Taala itu disembah dan ditaati, dan kita pula
langsung tidak layak untuk menderhakai Allah, walaupun sedikit.

credit to:
http://halaqah.net/v10/index.php?topic=1267.0


manakala kalau kita google subahanallah, x ada link maksud yang keluar. walaubagaimanapun, ada beberapa link pengguna perkataan ini spt;

khalifah.forum.st/t271-subahanallah-masjid-an-nabawi-bercahaya-apabila- azan

jadi, berhati2 saudara2 semua.

kalau salah, mohon dibetulkan.

wassalam.
 
sebenarnya ada 5 huruf qalqolah iaitu ق ط ب ج د ... Sebab itu cara menyebutnya ada bunyi qalqolah
 
fuh ini ilmu tinggi #:-S

:"> Takder ah... itu cuma tajwid membaca/menyebut perkataan alquran ikut lajah arab quraisy... iaitu mengikut Nabi Muhammad SAW yg berbangsa arab quraisy
 
Last edited:
Assalam semua,

Pagi tadi, time aku OTW ke tempat kerja, aku tiba2 terfikir, mana satu yang betul sebutan aku ni, subhanallah atau subahanallah?

kalau ikut ejaan, kedua2 tu boleh dibunyikan kalau x ada baris.

tapi aku sangsi, sebab dalam bahasa arab, tersilap baris boleh jadi lain maksudnya.

so aku googlekan dan ini yang aku dapat;

Subhanallah (سبحان الله)

Maksud literalnya adalah "Maha Suci Allah". Jika dikaji dari sudut bahasa, kalimah "Subhaana" adalah membawa maksud tanzeeh, yakni penyucian dan pembersihan dari segala kekurangan dan kelemahan. Ia terdapat dalam beberapa tempat dalam al-Quran:

"Allah sekali-kali tidak mempunyai anak, dan sekali-kali tidak ada tuhan (yang lain) beserta-Nya, kalau ada tuhan beserta-Nya, masing-masing tuhan itu akan membawa makhluk yang diciptakannya, dan sebagian dari tuhan-tuhan itu akan mengalahkan sebagian yang lain. Maha Suci Allah dari apa yang mereka sifatkan itu," (al-Mu'minuun: 91)


" Dan Tuhanmu menciptakan apa yang Dia kehendaki dan memilihnya. Sekali-kali tidak ada pilihan bagi mereka. Maha Suci Allah dan Maha
Tinggi dari apa yang mereka persekutukan (dengan Dia)." (al-Qasas: 68)


Daripada ayat-ayat di atas, dapatlah kita simpulkan bahawa kalimah "Subhaanallah" adalah bermaksud Allah Subhaanahu Wata'ala adalah Suci
dari segala kekurangan, kelemahan dan ketidak sempurnaan yang tidak layak bagiNya.

Justeru, apabila melafazkan kalimah "Subhaanallah" , seharusnya terlintas di dalam hati kita bahawa Allah Ta'ala itu Maha Agung, Maha
Sempurna serta langsung tidak ada kekurangan atau kelemahan. Dari itu, akan lahirlah rasa bahawa diri kita ini adalah hamba yang
hina kerana kita ini serba kekurangan dan banyak membuat kesilapan. Lalu wajarlah Allah Taala itu disembah dan ditaati, dan kita pula
langsung tidak layak untuk menderhakai Allah, walaupun sedikit.

credit to:
http://halaqah.net/v10/index.php?topic=1267.0


manakala kalau kita google subahanallah, x ada link maksud yang keluar. walaubagaimanapun, ada beberapa link pengguna perkataan ini spt;

khalifah.forum.st/t271-subahanallah-masjid-an-nabawi-bercahaya-apabila- azan

jadi, berhati2 saudara2 semua.

kalau salah, mohon dibetulkan.

wassalam.

aku rasa yg jadi macam bunyi subaha tu sebab dekat sub tu ada bunyik qolqolah syugra
 
jadi, yang mana yang betul?

kalau ada qalqalah sekalipun, adakah bunyi ba masih dibawa?
 
thanks TT....benda yg simple tp penuh makna

terima kasih kembali..

sama-sama berkongsi.
biasanya, benda2 yg kita fikir remeh ni la yang merosakkan kita.

macam rokok, riba bank, ect.
 
Back
Top
Log in Register