poor_guy
Fun Poster
- Messages
- 998
- Joined
- Jun 18, 2008
- Messages
- 998
- Reaction score
- 4
- Points
- 15
Ditemui cedera di dada dalam pejabat
KUALA KLAWANG: Seorang anggota polis berpangkat Sub Inspektor ditemui mati dengan kesan tembakan pada dada di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jelebu, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian antara jam 6.30 petang hingga 7.30 malam itu, mangsa dikenali Omar Dahakim, 51, yang bertugas di Cawangan Trafik IPD berkenaan dijumpai seorang anggota polis yang kebetulan masuk ke pejabatnya.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh, ketika dihubungi berkata punca kejadian masih disiasat dan setakat ini, doktor menyatakan ada kemungkinan mangsa tertembak dirinya sendiri.
"Tembakan itu menyebabkan sebutir peluru menembusi bahagian kiri dadanya. Polis juga sedang menyiasat senjata revolver .38 yang dijumpai di tempat kejadian, sama ada milik mangsa atau orang lain.
"Setakat ini kejadian itu diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR).
"Bagaimanapun pada masa sama, polis terus menjalankan siasatan bagi mengetahui punca sebenar kejadian," katanya.
Jenazah mangsa yang ditemui kira-kira jam 7.30 malam dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS) malam kelmarin untuk dibedah siasat.
Osman berkata, pihaknya sedang mendapatkan maklumat lanjut daripada keluarga mangsa dan akan segera menyelesaikan kes itu.
"Saya difahamkan mangsa yang berkhidmat sebagai anggota polis selama kira-kira 30 tahun menghidap penyakit darah tinggi yang serius," katanya.
Katanya, Allahyarham yang meninggalkan seorang isteri dan empat anak, dibawa pulang ke kampung halamannya di Sungai Nibong, Pulau Pinang untuk dikebumikan.
Sementara itu, seorang wanita yang dipercayai isteri mangsa dan anak-anaknya enggan ditemu bual ketika ditemui di HTJS.
Wanita berkenaan yang dalam keadaan sedih enggan menjawab sebarang soalan manakala saudara maranya juga tidak mahu mengulas kejadian itu.