BTC USD 62,807.3 Gold USD 4,464.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Suatu Masa Dahulu

makmey

Fun Poster
Messages
188
Joined
Mar 23, 2011
Messages
188
Reaction score
43
Points
20
Pada suatu masa dahulu, terdapat sebuah pulau di mana semua perasaan hidup. Ia dinamakan PULAU PERASAAN.

Di sini pelbagai perasaan, sifat dan semua rasa tinggal. Ada Kebahagiaan, Kesedihan, Pengetahuan, Kekayaan dan semua yang lain, termasuklah Cinta.

Satu hari ia diumumkan kepada semua penduduk Pulau Perasaan bahawa pulau itu akan tenggelam. Maka semua mereka membina bot masing-masing dan meninggalkan Pulau Perasaan itu ke Tanah Kering. Kecuali Cinta.

Cinta adalah satu-satunya yang tinggal. Cinta mahu bertahan sehingga saat-saat akhir mungkin.

Pabila saat pulau itu telah hampir tenggelam, barulah Cinta memutuskan untuk meminta pertolongan.

Kekayaan telah berlalu dihadapan Cinta dalam bot besar. Cinta berkata, : "Kekayaan, anda boleh membawa saya dengan kamu?"
Kekayaan menjawab, "Tidak, saya tidak boleh. Terdapat banyak emas dan perak di perahu saya. Tidak ada tempat di sini untuk kamu Cinta."


Cinta memutuskan untuk meminta bantuan kepada Kemalasan yang juga melintas di hadapan Cinta.:"Kemalasan, boleh membantu saya!"
"Saya tidak dapat membantu kamu, Cinta. Bot saya kecil sahaja tidak muat untuk kamu mungkin merosakkan bot saya,"
Kemalasan menjawab dengan banyak alasan.

Kesedihan berlalu begitu hampir dengan Cinta, lalu Cinta bertanya, "Kesedihan, boleh saya pergi dengan kamu."
"Oh ... Cinta, saya begitu sedih bahawa saya hanya mahu bersendiri!"


Kebahagiaan pun berlalu menghampiri Cinta, tetapi dia begitu gembira sehingga dia tidak mendengar apabila Cinta memanggilnya.

Tiba-tiba, ada suara, "Marilah Cinta denganku, saya akan mengambil kamu." Ia adalah seorang yang agak berusia. Maka hati Cinta sangat gembira sehinga terlupa untuk bertanya orang tua tersebut namanya sehinggalah mereka sampai di Tanah Kering. Si tua terus menurunkan Cinta dan berlalu pergi.

Menyedari betapa dia telah terhutang budi dengan orang tua itu, maka dia pun bertanyakan kepada yang lain. Moga-moga dia dapat semula membalas jasa baik orang tua tersebut.

Cinta betanya kepada Pengetahuan, :"Siapa yang sangggup membantu saya tadi?"
"Ia adalah Masa,"
Pengetahuan menjawab.
"Masa?" bertanya Cinta. "Tetapi kenapa Masa sanggup membantu saya?"

Pengetahuan tersenyum dengan kebijaksanaan yang mendalam dan menjawab, "Kerana hanya Masa mampu memahami bagaimana Cinta itu berharga."



"Hargailah Cinta Selagi Masa Masih Ada....."
 
Back
Top
Log in Register