BTC USD 63,672.2 Gold USD 4,504.16
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Suartawan digelar manusia cili

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Putu Suartawan digelar manusia cili kerana tak pernah bawa masalah kepada perutnya apabila memakan cili dalam kuantiti yang banyak.

BALI - INDONESIA. Seorang lelaki yang dikenali sebagai, Putu Suartawan, 41, boleh dianggap manusia cili apabila boleh memakan cili dalam kuantiti yang banyak.

Malahan perbuatan berkenaan tidak membawa masalah kepada perutnya.

Memetik laporan Merdaka.Com melaporkan lelaki itu juga mengaku sudah berulang kali memeriksa kesihatan dirinya.

"Setiap kali keputsuannya, saya dikehendaki berjumpa dengan pakar perubatan. Keputusannya..., saya tidak pernah ada masalah kesihatan.

"Sejak berumur 6 tahun hingga sekarang berumur 41 tahun, saya belum pernah mengeluh tentang sakit pada badan. Kalau sakit kepala dan selsema itu biasa. Kalau sakit di perut, syukurnya belum pernah ada," kata Suartawan.

Sementara itu ketika berbicara mengenai keistimewaanya, Suartawan berkata, dia tidak mengetahui dari mana datang kebolehan itu.

"Saya ada bertanya mengenai hal ini kepada orang tua saya, tetapi mereka tidak dapat menjelaskan kerana mereka juga tidak tahu, " katanya.

Terdahulu, Suartawan pernah mengemparkan Indonesia suatu ketika dahulu apabila pernah memakan cili sehingga tiga kilogram dalam satu-satu masa.

"Ketika itu saya mendapat undangan daripada salah satu parti politik ketika menyambut Jero Wacik. Saat itu, saya makan cili hampir tiga kilogram dan beberapa sisanya diremas kemudian dibasuhkan ke wajah.

"Banyak yang teriak ngeri lihat saya luluran dengan cabai di muka dan mengenai mata. Saya tidak rasakan perih atau pedas apapun," katanya.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/global/suartawan-digelar-manusia-cili-1.476647
 
kalau pancit pepper spray kira tak de kesan la ek kat dia
 
bila Allah b'kehendak cili itu tidak memudarat'n baginya, maka amanlah dia dr cili. tp Allah telah menetap'n cili memudarat'b bg aku.ekekeke
 
Ni mesti kulit keras kerana terlalu banyak makan cili.
 
sistem tubuh dia dah biasa dengan kandungan cili tu
 
Back
Top
Log in Register