TXT
CG Super Hardcore Club

- Messages
- 459,502
Paid Membership
- Joined
- Mar 15, 2010
- Messages
- 459,502
- Reaction score
- 38,197
- Points
- 2,836
PELUMBA basikal bukit negara, Masziyaton Mohd. Radzi mungkin terpaksa melupakan hasratnya untuk beraksi pada Sukan Olimpik 2012.
Ini kerana dia masih gagal mendapatkan penajaan untuk menyertai tiga kejohanan di Eropah yang diharapkan dapat membantunya layak beraksi di London.
Masziyaton berkata, dia perlu menyertai tiga kejohanan di Eropah itu bagi membolehkannya melayakkan diri menyertai temasya sukan paling berprestij di dunia itu.
"Saya kini telah mengumpul 135 mata dan perlu menyertai ketiga-tiga kejohanan luar negara bagi mendapatkan 65 mata, menjadikan 200 mata untuk layak tersenarai ke Sukan Olimpik," kata Masziyaton kepada pemberita di Alor Setar semalam.
Menurut Masziyaton, dia memerlukan penajaan kewangan berjumlah RM76,000 bagi menyertai kejohanan di Itali, United Kingdom dan Switzerland mulai April tahun depan.
Masziyaton kini hanya mendapat penajaan kecil daripada Pasaraya Giant yang menyumbang basikal dan Kedai Kayuh Gerek di Alor Setar yang menyumbangkan peralatan basikal untuknya menyertai beberapa kejohanan dalam dan luar negara sebelum ini.
Masziyaton menambah, disebabkan sukan tersebut masih baharu di negara ini, tidak banyak syarikat gergasi yang tampil sebagai penaja.
Sebagai rekod, pelumba berusia 23 tahun itu meraih pingat perak pada Sukan SEA 2011 di Indonesia November lalu.
Tahun lalu, pada edisi pertama Cabaran Basikal Bukit Antarabangsa Langkawi (LIMBC), Masziyaton muncul juara keseluruhan wanita apabila menguasai kedua-dua acara iaitu lasak dan merentas desa.
Bagaimanapun, pada LIMBC Oktober lepas yang menyaksikan penyertaan ramai atlet bertaraf antarabangsa, Masziyaton sekadar menduduki tempat kelapan keseluruhan.
Justeru, Masziyaton berharap ada pihak yang sudi menawarkan penajaan bagi membolehkannya meneruskan cita-citanya, sekali gus menyumbang pingat buat negara melalui acara tersebut.
Penyelaras Sukan Berbasikal Negeri Kedah, Nor Alfizar Othman yang juga jurulatih Masziyaton bimbang jika anak buahnya itu gagal mendapatkan penajaan, pelumba terbabit tidak dapat menyertai tiga kejohanan di Eropah, sekali gus menyebabkannya tidak layak beraksi pada Olimpik 2012.
Terdahulu, syarikat Bina Darul Aman Berhad (BDB) menyerahkan cek penajaan sebanyak RM50,000 kepada Persatuan Berbasikal Negeri Kedah bagi membolehkan persatuan tersebut membeli peralatan basikal baharu sebagai persediaan menghadapi Sukan Malaysia (Sukma) dan kejohanan-kejohanan lain.
Cek disampaikan oleh Pengarah BDB, Datuk Paduka Mohd. Saad Endut kepada Pengerusi Jawatankuasa Belia Dan Sukan, Kesenian dan Warisan dan Kebudayaan Negeri, Datuk Hamdan Mohamed Khalib.