BTC USD 63,782.2 Gold USD 4,333.35
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Suara gadis kecil di balkoni

PenglipurLara

Fun Poster
Messages
681
Joined
Jan 14, 2025
Messages
681
Reaction score
29
Points
30
dQ%3D.jpg


Throwback ke masa aku umur 19 tahun. Tengah lepak kat balkoni, lebih kurang pukul 11 malam. Tengah rilek scroll telefon, tiba-tiba dengar bunyi loceng? Macam gelang kaki loceng yang perempuan India selalu pakai. Dengar jelas seorang wanita berjalan ke depan belakang dari bangunan sebelah. Ingatkan halusinasi atau buang tebiat, aku abaikan.

Lepas tu, angin mula kuat, macam nak ribut. Tapi anehnya, sebelah telinga kiri aku tiba-tiba senyap, macam masuk ke dunia lain. Dalam sunyi tu, aku dengar suara budak perempuan nyanyi lagu Tamil dengan nada seram... suara tu macam budak umur 8-9 tahun. Suaranya dekat sangat, sampai aku boleh rasa nafas dia.

Serius aku cuak gila... reaksi pertama aku – jangan tanya kenapa, sebab aku pun terkejut dengan diri sendiri – aku jerit "EW EW EW EW" sambil berlari masuk ke ruang tamu. Selepas tu, aku tak jejak kaki ke balkoni tu berbulan-bulan lamanya. Seri, macam tak logik tapi inilah pengalaman paling tak masuk akal yang pernah aku rasa.
 
Back
Top
Log in Register