BTC USD 82,027.3 Gold USD 4,146.11
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Suami miliki RM160b

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
KOTA BHARU: Orang terkaya di Malaysia, Tan Sri Robert Kuok, dianggarkan memiliki kekayaan berjumlah AS$10 bilion (RM35 bilion). Bagaimanapun, seorang suri rumah mendakwa suaminya mempunyai wang berjumlah RM160 bilion yang disimpan dalam akaun sebuah bank tempatan.

Sehubungan itu, Biro Pengaduan Awam (BPA) sedang menjalankan siasatan terperinci berhubung aduan wanita terbabit.

Aduan itu antara kes paling menarik diterima agensi terbabit tahun ini menyebabkan BPA terpaksa menyiasat kesahihan dakwaan itu termasuk mengadakan pertemuan dengan Bank Negara Malaysia (BNM).

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk T Murugiah, berkata pihaknya tidak memandang ringan aduan terbabit dan siasatan terperinci masih dijalankan.

“Ini antara kes paling menarik yang diterima BPA tahun ini apabila seorang wanita mendakwa suaminya yang meninggal dunia akibat serangan jantung memiliki wang simpanan berjumlah RM160 bilion.

“Kita menyiasat kes ini untuk mengetahui sejauh mana dakwaan suri rumah itu sama ada benar atau sebaliknya,” katanya pada sidang media ketika menghadiri Majlis Seminar Perniagaan Kecil, Agro Tani dan Francais di Dewan Kuil Siva Subramaniam Alayam di sini, semalam.

Menurutnya, BPA sudah mengadakan pertemuan dengan bank berkenaan melalui BNM untuk mengetahui status wang didakwa disimpan individu terbabit dalam akaun peribadinya.

“Kita juga akan mengadakan satu mesyuarat dalam tempoh dua minggu akan datang untuk memperincikan siasatan.

“Saya pun terkejut mana dia (si mati) dapat duit sebanyak itu. Saya sedang siasat dan ingin tahu dia jutawan sebenar atau tidak, tetapi jika betul, dia orang terkaya di Malaysia,” katanya.

Beliau berkata, BPA menerima lebih 500 aduan awam setiap minggu melalui e-mel, panggilan telefon, SMS serta datang sendiri secara bersemuka.

“Dalam seminggu lebih 500 aduan diterima, malah setiap Selasa saya adakan hari klinikal turun padang di Sentul. Di situ 300 hingga 400 orang datang bersemuka. Saya bersama agensi kerajaan lain mendengar aduan dan cuba menyelesaikannya,” katanya.
 
Nak kata tipu tak tahulaa...ada member aku ckap tauke sbelah umah dier ada simpanan 1 billion....tapi taktau betul ke tak
 
kalau ada 160b....dlm bank...takkan selama ni BNM tak tau kot.....

ke 160m jer? haikal09 expert ni psl billion million ni....:D
 
Nak kata tipu tak tahulaa...ada member aku ckap tauke sbelah umah dier ada simpanan 1 billion....tapi taktau betul ke tak

Tak logik..tak kan tauke tu nak hebahkan dia ada 1 billion lak~X(
 
kalau ada 160b....dlm bank...takkan selama ni BNM tak tau kot.....

ke 160m jer? haikal09 expert ni psl billion million ni....:D

Dinar iraq kot :))
 
takpa, biar BPA siasat dulu. Kalau dah siasat tgk2 ada 160ribu saja aku cadangkan BPA curah je air kopi kat kepala suri rumah tu
 
takpa, biar BPA siasat dulu. Kalau dah siasat tgk2 ada 160ribu saja aku cadangkan BPA curah je air kopi kat kepala suri rumah tu

Kalau betul ada minta ler sikit kasi balik kat pelabur ceramic tu :((
 
kasi balik kat pelabur ceramic takpa, tapi kasi eboss takyah la, eboss pun mmg dah kaya hehehe
 
Back
Top
Log in Register