BTC USD 64,010.0 Gold USD 4,457.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Suami dari 'neraka'

rinoa99

Legendary Member
gem
Messages
19,483
Joined
Jun 5, 2022
Messages
19,483
Reaction score
2,596
Points
261
14
HANA Mohammed Khodor. FOTO Agensi
HANA Mohammed Khodor. FOTO Agensi


Beirut: Hanya kerana tidak menggugurkan kandungan, seorang wanita di Lubnan dipukul dan dibakar suaminya.

Lebih menyayat hati, wanita terbabit, Hana Mohammed Khodor, 21, disahkan maut ketika menerima rawatan di hospital, pada Rabu.

Hana meninggal dunia di Hospital Al Salam di utara Lubnan selepas 11 hari bertarung nyawa.

Doktor hospital berkenaan berkata, Hana menerima rawatan sejak 6 Ogos lalu kerana melecur pada seluruh badan.

Beliau berkata, anak yang dikandung Hana juga disahkan meninggal dunia dan sudah dikeluarkan menerusi pembedahan.

Doktor pada masa itu memaklumkan peluang Hana untuk pulih sangat tipis.

Rakan keluarga mangsa, Abdul Rahman Haddad berkata, Hana meninggal dunia pada Rabu lalu, dan kematiannya disahkan oleh pegawai hospital.

Beliau berkata, jenazah wanita itu sudah dituntut keluarga untuk urusan pengebumian.

Menurut laporan media tempatan, suami Hana memukulnya kerana dia enggan menuruti arahan untuk menggugurkan kandungan.

Katanya, pasangan itu berasal dari keluarga miskin di pekan kecil di Tripoli dan tidak mampu menjaga bayi itu jika dilahirkan kelak.

Ibu saudara mangsa berkata, mangsa enggan menuruti permintaan suaminya menyebabkan dia dibakar suaminya menggunakan silinder gas.

Suami mangsa sudah ditahan Pasukan Keselamatan Dalam Negeri Lubnan ketika dia cuba melarikan diri ke luar negara.

Innalillah
Al-Fatihah
 
Last edited:
23.08.2022 - Beirut, Hanya kerana tidak menggugurkan kandungan, seorang wanita di Lubnan dipukul dan dibakar suaminya. Lebih menyayat hati, wanita terbabit, Hana Mohammed Khodor, 21, disahkan maut ketika menerima rawatan di hospital, pada Rabu. Hana meninggal dunia di Hospital Al Salam di utara Lubnan selepas 11 hari bertarung nyawa. Doktor hospital berkenaan berkata, Hana menerima rawatan sejak 6 Ogos lalu kerana melecur pada seluruh badan. Beliau berkata, anak yang dikandung Hana juga disahkan meninggal dunia dan sudah dikeluarkan menerusi pembedahan.

Doktor pada masa itu memaklumkan peluang Hana untuk pulih sangat tipis. Rakan keluarga mangsa, Abdul Rahman Haddad berkata, Hana meninggal dunia pada Rabu lalu, dan kematiannya disahkan oleh pegawai hospital. Beliau berkata, jenazah wanita itu sudah dituntut keluarga untuk urusan pengebumian. Menurut laporan media tempatan, suami Hana memukulnya kerana dia enggan menuruti arahan untuk menggugurkan kandungan.

Katanya, pasangan itu berasal dari keluarga miskin di pekan kecil di Tripoli dan tidak mampu menjaga bayi itu jika dilahirkan kelak. Ibu saudara mangsa berkata, mangsa enggan menuruti permintaan suaminya menyebabkan dia dibakar suaminya menggunakan silinder gas. Suami mangsa sudah ditahan Pasukan Keselamatan Dalam Negeri Lubnan ketika dia cuba melarikan diri ke luar negara.​

1661253419879.png

Berita asal https://www.hmetro.com.my/global/asia/2022/08/874164/suami-dari-neraka
 
Kalau tahu x mampu, gunakan protection.
X pasal2 pahat tempat kat neraka.
 
Back
Top
Log in Register