BTC USD 63,672.2 Gold USD 4,504.16
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Santai Strawberi terbesar!

soybean

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
63,243
Paid Membership
Joined
Feb 15, 2009
Messages
63,243
Reaction score
4,135
Points
661

Agensi

CHAHI Ariel memegang buah strawberi seberat 289 gram yang mencipta rekod dalam GWR. FOTO Agensi
CHAHI Ariel memegang buah strawberi seberat 289 gram yang mencipta rekod dalam GWR. FOTO Agensi



Baitulmaqdis: Seorang petani di Israel melakar sejarah dalam Rekod Dunia Guinness (GWR) kerana memiliki strawberi terbesar dengan berat 289 gram (g).

Portal Sky News melaporkan kejayaan dicipta itu memadam rekod yang pernah dilakar petani di Fukuoka, Jepun yang menanam strawberi pada 2015 dan memiliki buah bersaiz 250g.

Chahi Ariel berkata, dia melompat, ketawa dan menyanyi keriangan kerana terlalu gembira dengan pengiktirafan diterima daripada GWR.

"Saya sangat gembira berada dalam GWR," katanya.

Ariel mengambil masa setahun untuk menunggu strawberi itu membesar.

Strawberi itu dipetik di ladang keluarga Ariel berhampiran Netanya di tengah Israel pada Februari tahun lalu.

Sejak itu, buah itu disimpan di dalam peti sejuk.

"Kami menunggu selama setahun untuk melihat hasilnya.

"Kami menyimpannya di dalam peti sejuk selama setahun. Ia tidak lagi cantik seperti dahulu," kata Ariel.

Strawberi ialah sejenis buah-buahan dipanggil Ilan dalam kalangan penduduk tempatan, cenderung membesar dan menurut Ariel, buah miliknya itu pernah mengecil sehingga separuh saiznya setahun lalu.
 
Back
Top
Log in Register