BTC USD 82,693.7 Gold USD 4,122.11
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Strategi Pips Ciput

Status
Not open for further replies.
kalau kat mt4 memang tak dapatlah 2pips.. kena buat 8 ke 9pips :(
 
utility membantu para scalper

pakai benda ni 1 pip pun close automatik....tak yah nak manual close...:D byk membantu mengutip pips... saya ambil dari bro maerol......
 

Attachments

ha... apa lagi.. sapa yg perlukan sangat benda tu, ambik ler. orang dah bagi... :D
 
pakai benda ni 1 pip pun close automatik....tak yah nak manual close...:D byk membantu mengutip pips... saya ambil dari bro maerol......

tocei tocei.. jasamu dikenang.. :)cgrock
 
pakai benda ni 1 pip pun close automatik....tak yah nak manual close...:D byk membantu mengutip pips... saya ambil dari bro maerol......

ade pape setting kena ubah ke bro??..
 
takdo setting apo pung....

scalper_tp = take profit pips
scalper_sl = stop loss pips

Tugas kita hanya buka oder bila time baik punya....yg lain biar EA tu yg uruskan... Ni EA tau bukan indikator...sat lagi ada plak yg boh kat indikator mampuh tak function....:D

selamat berpesta pip :)cgrock
 
kalau kat mt4 memang tak dapatlah 2pips.. kena buat 8 ke 9pips :(

Salam,

Sy pakai FXCM. Means kita amik pips (seminima mgkn ie 1-2 pips) setelah kita tolak spread? Btul tak?

Ada preference pair yang sdra suggest?

TimaKacih
 
takdo setting apo pung....

scalper_tp = take profit pips
scalper_sl = stop loss pips

Tugas kita hanya buka oder bila time baik punya....yg lain biar EA tu yg uruskan... Ni EA tau bukan indikator...sat lagi ada plak yg boh kat indikator mampuh tak function....:D

selamat berpesta pip :)cgrock

kena enable live trading tak bro??.. :-?
 
Idea yg Bagus... TQ Sifu....:D :D :D



Nak share satu strategi yang baru saya explore atas permasalahan yang pernah berlaku pada saya suatu ketika dahulu. Ini bukanya signal untuk buy atau sell, tetapi trading style sahaja. Sejak buat strategi ni, banyak profit yang saya dapat. So, nak minta pendapat dari orang2 Carigold tentang strategi ni. Ok ke atau tak ok?

Berharap sangat supaya jangan menyalahgunakan trading style ini dengan menghasilkan e-book untuk dijual.

-----------------------------------

Ramai di antara anda sebagai trader terutamanya trader baru akan mengalami pelbagai kekalutan semasa trading. Nak dapat lima atau sepuluh pips pun susah, betulkan?

Jika ada trader yang pernah pergi kursus insentif belajar forex dari mana-mana syarikat swasta, pasti pengajar anda akan menyarankan anda supaya membuat 3 lot sehari dengan limit setiap lot sebanyak 5 ke 10 pips. Ini bermakna target profit anda sehari ialah 10pips x 3 lot = USD30,betul? Ya, ianya memang sesuai jika anda adalah seorang trader yang baru!

Seperti saya katakan pada awal tadi, nak dapatkan 5 ke 10pips pun susah. Macam mana ni?

Sebagai contoh :

Situasi :
Setelah menganalisa graf , anda yakin graf tersebut akan bergerak ke atas(buy). Maka, anda membuat entry order berikut :


Entry Order :

Buy = 1.5550
Limit = 1.5560 (10pips profit)
Stop Loss = Bergantung kepada kemampuan margin anda.


Situasi berikutnya, graf berjaya menyentuh entry order anda pada kadar 1 hingga 2pips. Walau bagaimanapun, ianya belum mencapai limit yang anda tetapkan iaitu sebanyak 10pips profit. Setelah beberapa saat, graf tersebut berubah arah pergi ke sell dan mungkin pergerakkan reversal ini berlaku pantas dan menyebabkan stop loss anda secara automatik akan close position.

Berdasarkan situasi dan senario tersebut, apakah yang anda telah pelajari? Anda sepatutnya telah melihat satu keadaan dimana, walaupun diawal open position itu menunjukkan profit yang diperolehi itu sekadar 1 ke 2pips, perkara sedemikian umum memang terjadi dan itulah peluang anda untuk membuat profit! Satu dan dua pips terlalu sedikit? Sampai bila nak kaya? Saya faham perasaan anda sebagai trader. Kalau anda berdagang forex ini, sudah tentulah kita mahukan profit yang banyak dan pantas.


Anda Cuba Ini.


Buat entry order sebanyak 3 lot(jika anda menggunakan fxcm akaun mini, jangan buat pilihan 30 sebaliknya 10,10,10). Sebagai contoh, setiap satu lot itu anda letakkan target seperti berikut :


Entry order = 3 lot (10,10,10)
Buy = 1.5550
Limit = 1 atau 2pips(profit)
Stop Loss = Bergantung kepada kemampuan margin anda.


Lakukannya dalam akaun demo terlebih dahulu untuk belajar dan melihat hasilnya. Untuk pengetahuan anda, apa yang saya dedahkan ini adalah contoh untuk akaun mini. Anda juga boleh melakukannya menggunakan akaun standard. Berbalik kepada percubaan anda tadi, adakah anda mendapat hasilnya? Jika anda mendapat 2pips, ini bermakna anda memperolehi profit sebanyak USD6. Sedikit? Cuba anda mengulangi strategi ini sebanyak 3 kali, sudah tentu profit anda adalah sebanyak USD18. Masih lagi sedikit? Lakukannya dengan cara gandaan lot dan pusingan berganda, anda pasti akan memperolehi pips lebih!


Ulasan saya pada anda, jika anda kerap menggunakan strategi minimum yang saya berikan ini, suatu hari nanti pasti anda akan mahir dan secara automatik anda juga tahu bagaimana untuk mempertajamkan lagi dan memanipulasikan skill strategi ini untuk profit yang lebih besar!

:)cgrock :)cgrock :)cgrock
 
Sclaping??
ok ke??
kang broker x bg...
cari pasal tuh......
 
Status
Not open for further replies.

Latest Posts

Live Forex Chart

Currency
Rates
EUR / USD
1.11838
USD / JPY
158.234
GBP / USD
1.31902
USD / CHF
0.83365
USD / CAD
1.42573
EUR / JPY
176.965
AUD / USD
0.69517
Back
Top
Log in Register