BTC USD 60,783.6 Gold USD 4,369.75
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Stor simpanan mercun diserbu pihak polis

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,254
Joined
Dec 6, 2010
Messages
26,254
Reaction score
1,661
Points
201
STOR SIMPANAN MERCUN DISERBU PIHAK POLIS.
FB_IMG_1649759465530.jpg
FB_IMG_1649759467702.jpg
FB_IMG_1649759477210.jpg
FB_IMG_1649759479836.jpg

Dungun, 12 April 2022 - Setelah hampir 2 minggu umat islam berpuasa, sebilangan daripada kita telah mula mengatur persiapan untuk menyambut hari raya aidilfitri. Pada kebiasaanya, sambutan perayaan akan disambut dengan bunyi letupan mercun dan bunga api, tetapi masyarakat selalu alpa bahawa perbuatan ini adalah salah disisi undang-undang.

Hasil risikan pihak polis dan maklumat daripada orang awam, satu serbuan telah dilakukan oleh sepasukan anggota polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah IPD Dungun membawa kepada terbongkarnya satu kegiatan penjualan mercun secara besar-besaran.

Serbuan seawal jam 7.30 pagi semalam di kawasan Felda Kerteh, Ketengah Jaya Dungun telah berjaya menangkap seorang pemandu lori berumur dalam lingkungan 40an serta telah merampas pelbagai jenis mercun dan bunga api dalam kuantiti yang banyak. Kesemua bahan letupan ini disembunyikan di dalam sebuah stor berdekatan dengan rumahnya. Hasil siasatan awal pihak polis mendapati, kesemua bahan letupan ini diseludup daripada negara jiran untuk dipasarkan disekitar Dungun sempena menyambut perayaan aidilfitri yang bakal tiba.

Supt. Baharudin Bin Abdullah - Ketua Polis Daerah Dungun berkata, ini adalah tangkapan dan rampasan kali pertama dalam Daerah Dungun, kesemua hasil rampasan ini berjumlah hampir 10 ribu ringgit dan apabila dijual ianya mampu mengaut keuntungan berlipat kali ganda. Kes disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

sumber : polis daerah dungun

#polisterengganu
#salamramadhan2022
#sek8AktaBahanLetupan1957
#salurmaklumat
 
Back
Top
Log in Register