BTC USD 62,489.2 Gold USD 4,466.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Stander laung amaran awal

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,502
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,502
Reaction score
38,197
Points
2,836
JUARA Afrika Selatan, Burry Stander dianggap sebagai pencabar utama gelaran juara pada Cabaran Lumba Basikal Bukit Antarabangsa Langkawi (LIMBC) 2011 yang membuka tirainya hari ini.

Stander, 24, yang akan membuat penampilan pertama pada perlumbaan ini memiliki banyak kelebihan untuk bergelar juara berdasarkan pengalaman dan kedudukannya dalam ranking dunia.

Begitupun, keadaan cuaca yang sangat panas, laluan yang sukar dan pencabar yang hebat mungkin menjadi halangan utama buat Stander untuk merealisasikan impian itu.

“Cuaca yang sangat panas mungkin menjadi halangan utama tetapi faktor yang lebih penting dalam perlumbaan merentas desa adalah laluan yang perlu dihadapi.

“Laluan mendaki dan menurun yang mencabar serta teknikal memberi banyak keseronokan kepada pelumba. Saya mempunyai masa untuk melihat laluan dan ramai pelumba cuba menyesuaikan diri di laluan tersebut.

“Esok (hari ini) merupakan laluan yang penting untuk para pelumba dan saya sangat teruja untuk memulakan perlumbaan. Saya juga berharap, laluan di peringkat seterusnya sama seperti esok,” kata Stander dalam sidang media yang turut dihadiri Ketua Eksekutif Human Voyage, Datuk Malik Mydin di Pulau Langkawi semalam.

Menurut Stander, dia hanya berpeluang untuk meninjau laluan di peringkat pertama dan dia akan menggunakan kesempatan selepas perlumbaan itu untuk memeriksa laluan di peringkat kedua.

Stander yang dianggap prospek untuk memenangi pingat pada Sukan Olimpik 2012 di London 2012 berkata, LIMBC 2011 sangat penting meski- pun secara teknikalnya dia sudah melayakkan diri ke tema- sya tersebut.

Untuk rekod, pelumba dari pasukan Specialized Racing itu menduduki ranking keenam dalam kategori merentas desa elit lelaki dalam senarai Kesatuan Lumba Basikal Antarabangsa (UCI).

Stander yang menduduki tangga ke-15 pada Sukan Olimpik 2008 di Beijing, mengungguli saingan Cape Epic, kejuaraan Afrika dan kejohanan kebangsaan Afrika Sela- tan tahun ini.

Dia yang menampilkan corak perlumbaan yang agresif, cukup teknikal dan berdaya ketika mendaki bukit membolehkannya memenangi pingat gangsa pada Kejohanan Dunia UCI di Quebec, Kanada tahun lalu dan Kejohanan Dunia Bawah 23 pada 2009.

Pada masa yang sama, Stander mengakui selain juara bertahan, Lachlan Norris, dia juga bakal berdepan saingan sengit, terutamanya daripada pelumba terbaik dunia pada perlumbaan ini.

Sementara itu, Michela Benzoni dari Itali yang beraksi dalam kategori wanita elit berkata, dia akan berusaha untuk melakukan yang terbaik pada perlumbaan ini.

“Ini adalah penampilan pertama saya dalam perlumbaan ini. Tanpa melihat laluan sebenar dan keadaan cuaca yang sangat panas ia dijangka menjadi masalah besar buat saya. Tetapi saya sudah bersedia,” katanya.

Peringkat pertama akan bermula dan berakhir di Kompleks Sukan Langkawi membabitkan jarak sejauh 60.6 kilometer.
 
Back
Top
Log in Register