BTC USD 60,259.9 Gold USD 4,318.73
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Srikandi kelas corot

Print_Screen

Super Active Member
Messages
5,921
Joined
Nov 13, 2010
Messages
5,921
Reaction score
231
Points
73
Srikandi kelas corot

KONGSI...Kamaliah (kiri) berkongsi bersama rakan sekelasnya Allysha Mohamad Nadzri yang turut mendapat 5A.

KUALA LUMPUR: “Saya nekad mahu buktikan walaupun ditempatkan di kelas tercorot saya juga mampu memperoleh keputusan cemerlang dalam pelajaran seperti murid lain,” kata Siti Aisyah Mawardi, 12, yang memperoleh 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Siti Aisyah yang tinggal bersama nenek selepas ibu bapanya bercerai enam tahun lalu adalah antara 41 murid memperoleh keputusan cemerlang di Sekolah Kebangsaan Sentul 1 di sini, semalam.


Dia juga tidak menyangka akan mendapat keputusan cemerlang dalam semua mata pelajaran berikutan ketika peperiksaan percubaan UPSR hanya memperoleh 4B 1C. “Keputusan yang kurang memberangsangkan itu menyebabkan saya terus membanyakkan ulang kaji mata pelajaran yang lemah. Saya juga bersyukur kerana selain selalu dibantu guru di sekolah, nenek juga tidak jemu memberi dorongan dan sokongan,” katanya.

Ditanya resipi kejayaannya, Siti Aisyah berkata, dia memberi tumpuan ketika belajar di dalam kelas serta sentiasa menyiapkan kerja sekolah selain mengikuti kelas tambahan disediakan pihak sekolah.


Sementara itu, Kamaliah Nasuha Azuan, 12, dari Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail 1, kejayaannya mendapat 5A dalam UPSR berbaloi dengan usaha kerasnya selama ini walaupun terpaksa menyeimbangi antara latihan sukan dan akademik.


Kamaliah yang pernah mewakili sekolahnya dalam sukan bola jaring hingga ke peringkat negeri berkata, walaupun penat menjalani latihan kokurikulum di sekolah, dia cuba mencuri masa dua jam untuk mengulangkaji pelajaran bagi menghadapi peperiksaan.


“Saya bercita-cita menjadi atlit negara dalam sukan bola jaring,” katanya.


Selain itu, katanya, keputusan yang diperoleh semalam agak mengejutkannya kerana tidak menyangka mampu memperoleh 5A berikutan dia agak lemah dalam subjek Sains.

“Sebelum ini pun saya hanya memperoleh B bagi subjek Sains. Saya tak percaya boleh dapat A,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/articles/Srikandikelascorot/Article
 
Jangan pernah merendah-rendahkan anak dan pelajar
kita yang belajar dan berada di kelas-kelas akhir atau
corot ni.

Mentaliti masyarakat terlalu skeptikal.
Budak-budak kelas hujung sering dikaitkan dengan
budak-budak terjal,kuat ponteng,tak pandai,
kurang ajar dan lain-lain yang negatif.

Walhal,budak-budak kelas hujung ni lah yang
masih contact dan bertanya khabar aku walau
aku dah tak menjadi guru kepada mereka.

Aku masih tak percaya kepada pengasingan
kelas menurut keputusan peperiksaan.
 
tahniah....aku pon dulu kelas corot jgkk,,,,,,,,tp tk le berjaya upsr mcm dia,,,hehe
 
tahniah! kpd yg x dpt 5A tu, it's not end of life! but it's just the beginning...
aku dulu pon klas tercorot :((
 
tahniah dik..

aku dlu pun kelas corot smpi tahun 6 huhu..
syukur jgk dpt keputusan ok..
 
-tahniah......
-mOga jadi pembakar semangat kepada yang lain !
 
mmg respek ngan budak camni ... :)cgrock

kat skola anak aku smalam pihak skolah siap bg naik pentas kat budak yg biasanya corot tapi dpt result memberangsangkan masa upsr ...
 
Back
Top
Log in Register