BTC USD 61,063.1 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sri Lanka derma mata untuk dunia

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,502
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,502
Reaction score
38,198
Points
2,836
du_03.1.jpg

SEJUMLAH pesakit yang mengalami masalah katarak mata menunggu untuk dibedah di Persatuan Pendermaan Mata di Colombo pada 4 November 2011

COLOMBO - Sri Langka merupakan antara negara yang paling banyak penderma mata di dunia selepas perang saudara di negara ini berakhir.

Ia menyumbang 3,000 kornea pada setiap tahun dan menyediakan tisu untuk mata kepada 57 buah negara bagi tempoh lebih hampir setengah abad.

Persatuan Pendermaan Mata Sri Lanka memulakan promosi menderma mata sejak berdekad-dekad lamanya.

Bekalan kornea amat baik di negara ini sehingga menyebabkan kerajaan Sri Lanka menubuhkan bank mata pada tahun lalu.

Bank itu dibiayai oleh penderma dari Singapura. Hampir 900,000 orang telah menandatangani ikrar untuk menderma mata selepas mereka mati menerusi persatuan tersebut.

"Orang ramai bertanya kepada saya, bolehkah kami menderma mata kami semasa maish hidup?Disebabkan kami mempunyai dua mata, bolehkan kami menderma satu mata?" kata Pengarah Hospital Mata Kebangsaan Sri Lanka, Dr. Sisira Liyanage.

Kebanyakan penduduk Sri Lanka beragama Buddha yang percaya mendermakan mata membantu mereka dilahirkan kembali dengan menikmati hidup yang lebih baik. - Agensi
 
mendermakan mata membantu mereka dilahirkan kembali dengan menikmati hidup yang lebih baik.
 
Sri Langka ramai beragama buddha??betol ke berita ni??
 
sayang sekali, negara kita nak derma darah pun payah, walau kita dijanjikan pahala utk bekalan akhirat nanti
 
"Orang ramai bertanya kepada saya, bolehkah kami menderma mata kami semasa maish hidup?Disebabkan kami mempunyai dua mata,

ada gak manusia macma ni huhuhh
 
Back
Top
Log in Register