BTC USD 76,485.3 Gold USD 4,341.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

SPRM Syor 20 Langkah Perkukuh Tatakelola DBKL

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,780
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,780
Reaction score
289
Points
146
e0c090f178872355a42505fae3a6baac6850303739fc5


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan 20 langkah penambahbaikan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi memperkemas tatakelola dan menutup ruang ketirisan melibatkan lima isu utama di agensi berkenaan.

SPRM dalam kenyataan berkata lima isu tatakelola dikenal pasti di DBKL melibatkan pengurusan pelaksanaan projek penerbitan kandungan siaran Studio Radio (Bahan Kreatif) serta tadbir urus Kejohanan Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia 2023 (SUKANUN Ke-12).

"Isu lain yang turut diberi tumpuan adalah pengurusan dan pengagihan tapak Bazar Ramadan dan Aidilfitri, pengurusan kutipan sewa bagi Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA).

"Selain itu, penambahbaikan turut disarankan terhadap pengurusan dan pemantauan kontrak pelaksanaan perkhidmatan pengurusan pelbagai lesen perniagaan," menurut kenyataan itu.

SPRM memaklumkan syor berkenaan dibentangkan oleh Bahagian Penyiasatan Tatakelola (BPT) SPRM hasil pemerhatian dan siasatan yang dijalankan terhadap prosedur sedia ada.

Cadangan penambahbaikan itu disambut baik oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Fadlun Mak Ujud, yang menyifatkannya sebagai langkah penting dalam memperkukuh sistem penyampaian perkhidmatan serta meningkatkan kecekapan dan integriti DBKL.

Sesi pembentangan berkenaan disampaikan oleh Ketua Cawangan F BPT, Zulhairy Zaidel.

Turut hadir ialah Pengarah BPT Datuk Mohd Zaki Hassan, Timbalan Pengarah II Ahmad Shukri Mohamad Taib dan Timbalan Pengarah III Norazlina Abd Rahim.

 
Back
Top
Log in Register