BTC USD 60,797.8 Gold USD 4,365.90
Time now: Jun 1, 12:00 AM

SPRM siasat tujuh Adun

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
SHAH ALAM: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menyiasat tujuh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat Selangor berhubung penggunaan wang peruntukan kerajaan negeri.

Tujuh Adun terbabit ialah Teresa Kok (DAP-Kinrara), Elizabeth Wong (PKR-Bukit Lanjan), Ean Yong Hian Wah (DAP-Seri Kembangan), Hannah Yeoh (DAP-Subang Jaya), Dr Cheah Wing Wah (DAP-Damansara Utama), Edward Lee (DAP-Bukit gasing) dan Lau Weng San (DAP-Bukit Tunku).

Adun Kinrara, Teresa Kok (gambar), berkata pegawai SPRM sudah mengambil semua fail bagi menyiasat bagaimana wang diperuntukkan menerusi Pejabat Daerah Petaling dibelanjakan.

“Siasatan SPRM itu lebih bermotifkan politik kerana tidak menyiasat Barisan Nasional (BN) kerana membelanjakan RM500,000 dalam tempoh dua bulan pertama sebelum pilihan raya umum, Mac tahun lalu.

“Malah di kawasan saya, ahli jawatankuasa surau dipanggil beberapa kali untuk diambil keterangan,” katanya.

Yeoh pula berkata, pembantunya menerima panggilan daripada SPRM yang mahu mendapatkan maklumat lanjut mengenai peruntukan RM10,000 yang dibelanjakan untuk klinik kesihatan.

Manakala Wong mendakwa, penganjur sambutan hari Deepavali di kawasannya menerima panggilan SPRM yang bertanyakan peruntukan untuk majlis itu.
 
Back
Top
Log in Register