BTC USD 82,358.4 Gold USD 4,195.44
Time now: Jun 1, 12:00 AM

SPRM siasat Sivakumar

alonso

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
62,527
Paid Membership
Joined
Mar 1, 2008
Messages
62,527
Reaction score
426
Points
531
IPOH: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memulakan siasatan terhadap Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar kerana tindakannya menggantung Menteri Besar dan enam Exco daripada menghadiri sidang DUN.

Sivakumar berkata, siasatan berkenaan adalah satu bentuk ‘serangan’ terhadap speaker dan menghina institusi DUN sebagai badan penggubalan undang-undang.

Katanya, siasatan pihak berkuasa terhadap speaker tidak pernah berlaku di mana-mana negara Komanwel sebelum ini.

“SPRM sudah siasat lebih dua setengah jam bermula 6 petang. Saya memberi kerjasama sepenuhnya dalam apa-apa yang dibangkit (oleh penyiasat).


“Saya agak kecewa dengan tindakan ini. Ini satu ‘serangan’ (harassment) pada speaker. Ini juga boleh dilihat sebagai penghinaan kepada DUN.


“Saya berpendapat perkara seperti ini tidak pernah wujud di mana-mana negara Komanwel...seorang speaker membuat keputusan tetapi ada pihak menggunakan tindakan menyiasat speaker,” katanya kepada pemberita di sini, malam tadi.

Rabu minggu lalu, Sivakumar sebagai sebagai Pengerusi Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN Menteri Besar, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam Exco Barisan Nasional (BN) masing-masing 18 dan 12 bulan daripada menghadiri sesi DUN.

Isnin lalu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak, Superintenden Amarjit Singh menyiasat Sivakumar berhubung tindakannya menggantung kehadiran tujuh Adun berkenaan.

Sivakumar berkata, siasatan SPRM terhadapnya membentuk satu duluan (precedent) kerana itu adalah kali pertama Speaker DUN disiasat pihak berkuasa di negara ini.

Beliau berkata, siasatan berkenaan menjejaskan prinsip demokrasi di negara ini dan mengancam doktrin pengasingan kuasa antara tiga badan kerajaan, iaitu eksekutif, legislatif dan kehakiman.

“Apa yang berlaku...siasatan ke atas saya satu ‘precedent’ yang berbahaya sekali. Ini kerana bukan saja saya speaker pertama kena siasat, mungkin speaker lain pada masa akan datang pun kena siasat.

“Ini mengancam proses demokrasi negara, malah mengancam doktrin pengasingan kuasa.

“Saya harap pihak berkenaan mengambil perhatian serius tentang perkara ini... dewan perundangan ini badan kerajaan diganggu dengan cara seperti ini.

“Ini menghancurkan demokrasi negara dan doktrin pengasingan kuasa sepenuhnya,” katanya.

Isnin lalu Sivakumar meminta polis menghentikan siasatan ke atasnya kerana siasatan ke atas ahli legislatif atas kapasiti mereka sebagai ahli perundangan bertentangan dengan undang-undang.

Beliau dipetik sebagai berkata, Enakmen Sidang DUN (Hak-hak Istimewa) 1959 yang dibaca bersama Perkara 72 Perlembagaan Persekutuan menyatakan secara jelas tindakan mana-mana ahli legislatif atas kapasiti mereka sebagai ahli badan berkenaan dan kesahan mesyuarat mereka dilindungi secara mutlak serta kebal daripada sebarang tindakan sivil atau jenayah.
 
cerekarama apa pula lepas nie..
 
cepat benor nak siasat...masa adun melompat aritu takda pulak nak siasat cepat-cepat
 
Jahanam Perak dikerjakan oleh zombi2 umno ni...semua kerana KUASA, PANGKAT n HARTA
 
aku rasa lepas ni kalau sepeakar dewan rakyat kat parlimen tolak usul pembangkang, elok jugak reportkan pada SPRM ngan polis kata speaker2 ni semua salah guna kuasa...
guna balik senjata amno pada kuncu2 dia balik.!! :mad:
 
aku rasa lepas ni kalau sepeakar dewan rakyat kat parlimen tolak usul pembangkang, elok jugak reportkan pada SPRM ngan polis kata speaker2 ni semua salah guna kuasa...
guna balik senjata amno pada kuncu2 dia balik.!! :mad:

tambah2 pulak mengenai usul undi x percaya pd mat ngantuk...:eek:
 
aku rasa lepas ni kalau sepeakar dewan rakyat kat parlimen tolak usul pembangkang, elok jugak reportkan pada SPRM ngan polis kata speaker2 ni semua salah guna kuasa...
guna balik senjata amno pada kuncu2 dia balik.!! :mad:

bagus gak idea nih...

lepas tu kita tengok sapa yang kena..mesti kena putar alam punya...
:(scam:(scam:(scam
 
berani sprm nak siasat sivaji da boss ni...dtg 20 org habis semua kena belasah nanti baru padan muka
 
Back
Top
Log in Register