BTC USD 61,620.1 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

SPRM siasat hakim Nazlan

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
143,166
Paid Membership
Joined
Jun 3, 2013
Messages
143,166
Reaction score
25,934
Points
2,866
1650685397745.png


SPRM siasat hakim Nazlan

Diterbitkan: Apr 23, 2022 11:19 AM

Dikemaskini: 11:19 AM


https://www.facebook.com/share.php?u=https://www.malaysiakini.com/news/618988
https://wa.me/?text=https://www.malaysiakini.com/news/618988
https://twitter.com/share?url=https://www.malaysiakini.com/news/618988
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuka kertas siasatan terhadap Hakim Mahkamah Rayuan, Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

The Star melaporkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki mengesahkan bahawa siasatan telah dimulakan.

Katanya adalah prosedur biasa bagi SPRM untuk melakukan siasatan setiap kali laporan dibuat.

“Ya, kami telah memulakan siasatan kami. Prosedurnya adalah untuk menyiasat apabila laporan telah dibuat secara rasmi.




"Kami membuka kertas siasatan kerana ada laporan dibuat, bukan kerana dakwaan dibuat di portal atau media sosial," katanya dipetik sebagai berkata.

Portal Malaysia Today milik blogger Raja Petra Kamaruddin baru-baru ini mendakwa Nazlan mempunyai "kekayaan yang tidak dapat dijelaskan sumbernya".
Nazlan kemudian membuat laporan polis berhubung artikel itu.

Sebelum ini, tersebar dakwaan bahawa Nazlan adalah saudara kepada bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad.
Anak perempuan Mahathir, Marina bagaimanapun menafikan perkara itu.

Pasukan peguam bekas perdana menteri Najib Razak juga mendakwa Nazlan mempunyai konflik kepentingan dalam kes 1MDB.

Nazlan, ketika menjadi hakim Mahkamah Tinggi pada 2020, menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan RM210 juta terhadap Najib kerana rasuah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram.
Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan itu tahun lepas. Najib sedang merayu kes itu di Mahkamah Persekutuan.


 
pada 21 April

Hakim Nazlan lapor polis berkait dakwaan RM1 juta dalam bank​


April 21, 2022 2:30 PM

mohd-nazlan-mohd-ghazali.jpg




Nazlan Mohd Ghazali berkata, tuduhan palsu dan tidak berasas menerusi artikel terbabit berniat menjatuhkan kredibiliti beliau sebagai hakim.




PETALING JAYA: Hakim Mahkamah Rayuan, Nazlan Mohd Ghazali membuat laporan polis berhubung satu artikel mendakwa beliau sedang disiasat kerana wang yang tidak dapat dijelaskan dalam akaun banknya.

Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan dalam kenyataan berkata, laporan itu dibuat bagi menafikan tuduhan palsu dan tidak berasas yang berniat menjatuhkan kredibiliti Nazlan sebagai hakim selain mengganggu sistem keadilan serta institusi kehakiman.

“Pejabat ini memandang serius terhadap tuduhan dan komen seperti ini dan mengingatkan orang ramai bahawa tuduhan terhadap badan kehakiman bertujuan mengganggu-gugat kes-kes yang sedang dalam proses perbicaraan adalah satu pelanggaran prinsip sub judice.





“Pejabat ini juga menggesa agar pihak polis dapat menjalankan siasatan dengan segera demi memelihara keyakinan orang ramai terhadap institusi kehakiman negara serta memastikan pentadbiran keadilan dapat berjalan dengan baik,” katanya.

Pejabat itu merujuk kepada artikel ditulis oleh Raja Petra Kamarudin di Malaysia Today bertajuk “Judge Mohd Nazlan being investigated for unexplained RM1 million in his bank account” pada 20 April lalu.

Kenyataan itu turut menyebut, kes terbabit akan disiasat di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan peruntukan undang-undang lain yang berkaitan, dapat dijalankan.

Terdahulu, badan kehakiman sebelum ini telah membuat laporan polis berhubung dua artikel membabitkan hakim Mahkamah Rayuan, Nazlan Mohd Ghazali dalam kes 1MDB dan SRC International.

Ia membabitkan artikel Malaysia Now bertajuk “Group calling for Najib’s pardon now wants judge Nazlan arrested” dan blog Malaysia Today bertajuk “Shocking Revelation: Najib’s Trial Judge Nazlan’s Conflict-of-Interest Exposed” bertarikh 14 Mac lalu.

 

Mohamad Jamalee

· Sebentar tadi ·

Hairan juga 19hb hari tu portal MalaysiaToday keluarkan cerita pasal hakim terima duit ni. Pada den cerita yang agak besarlah tapi media utama langsung tak sentuh padahal besar gila isu ni.

21hb laporan polis dibuat.

23hb oh memang ada siasatan dari SPRM tentang penerimaan dana.

1650686378530.png

1650686385739.png

1650686393047.png
 
Betulla kata peguam najib si nazlan ni ada kepentingan dgn 1mdb
 
Back
Top
Log in Register