BTC USD 63,489.3 Gold USD 4,475.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

SPRM Serbu Rumah IGP?

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dikatakan menyerbu rumah Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan menemui sejumlah wang dengan nilai yang amat besar.

Mengikut Malaysia Today, serbuan itu diketuai seorang pegawai tinggi SPRM Negeri Sembilan pada Ahad dan SPRM kemudian mengambil keterangan Musa selama tiga jam.

"Musa memberitahu SPRM bahawa dia akan meletakkan jawatan pada bulan depan, bahkan sudah pun menyerahkan surat peletakan jawatannya.

"Dia kemudiannya merayu kepada SPRM supaya membiarkannya 'bersara dengan aman'," kata laman web terkemuka itu.

Menurut laman web itu, ramai pegawai polis di seluruh negara mengetahui berita itu dan kebanyakan mereka menggelar Musa sebagai 'IGP *****'.

Malaysia Today juga mendakwa selain cakap-cakap pegawai polis, laman itu juga ada ramai kenalan di kalangan pegawai polis yang menjadi orang dalamnya.

"Malah, mereka memperkatakannya dengan penuh semangat, seolah-olah ia adalah berita baik. Mereka seakan amat gembira bahawa bos mereka dah terperangkap.

"Ini mengisyaratkan kewujudan krisis keyakinan yang serius. Jika anak buah anda memandang rendah dan membuat komentar yang meremehkan anda, maka tak mungkin anda dapat terus memimpin mereka," kata laman itu.

Malaysia Today juga mengingatkan pembaca bahawa 90 peratus khabar angin di Malaysia terbukti benar walaupun ia mengambil masa bertahun-tahun lamanya.

Laman itu juga meminta orang ramai menunggu perkembangan lanjut dalam tempoh terdekat dan tidak menolak kemungkinan SPRM membuat penafian dalam hal ini.
 
nak bersara dgn aman.....rakyat yg belum bersara ni pun lum aman2....
 
Berita gempar ni!!!!Ketua polis makan rasuah k ni???
 
Berita gempar ni!!!!Ketua polis makan rasuah k ni???

citer ni dah lama orang tahu..satu bukit aman dah tau pasal IGP yang korupsi ni..hmm..
 
hurmmm best niee ... macam nak handle kes nie jerk ... profil tinggi niee
 
yg salah mmg patut di terjah...semoga lebih telus dan bebas kekangan.
 
Back
Top
Log in Register