BTC USD 60,991.9 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

SPRM jamin pantau projek mega : telus ke?

malayneums

Active+ Member
Messages
4,853
Joined
Feb 29, 2008
Messages
4,853
Reaction score
4
Points
25

SPRM jamin pantau projek mega
Oleh Norfatimah Ahmad dan Osman Lisut

2011/06/10
Suruhanjaya tidak pernah terlepas pandang semua kepentingan awam

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberi jaminan akan sentiasa memantau dengan terperinci pelaksanaan semua projek mega kerajaan bagi memastikan ia dijalankan dengan telus.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abu Kassim Mohamed, berkata suruhanjaya itu tidak pernah terlepas pandang terhadap semua projek berkepentingan awam negara ini.
“Saya tidak boleh memberitahu projek mega mana yang SPRM pantau, tetapi cukup saya tegaskan ia sudah menjadi tanggungjawab suruhanjaya ini untuk memantau semua projek kerajaan dan mencegah jika berlaku rasuah atau penyelewengan,” katanya di sini, semalam.
Semalam akhbar ini memberitahu, pelaksanaan semua projek mega kerajaan bernilai lebih RM500 juta dan berkepentingan awam akan lebih telus apabila SPRM mula memantau projek berkenaan dalam masa terdekat.

Antara projek mega dijangka dipantau SPRM menerusi Jawatankuasa Keutuhan dan Integriti itu adalah Menara Warisan 100 tingkat bernilai RM5 bilion, Transit Aliran Massa (MRT) bernilai RM36 bilion dan pembangunan semula kawasan Penjara Pudu, dikenali sebagai Bukit Bintang City Centre (BBCC) bernilai RM6.7 bilion.

Sementara itu, sumber memberitahu Berita Harian, projek berkaitan sistem pengangkutan negara akan menjadi perintis pembabitan SPRM dalam projek mega kerajaan.

“Projek mega itu bermula Julai ini, sekali gus menandakan bermulanya tugas SPRM menerusi Jawatankuasa Keutuhan dan Integriti untuk memastikan tiada sebarang unsur rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa sepanjang pelaksanaan projek itu,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Sumber itu berkata, pegawai SPRM yang akan ditugaskan mengendalikan setiap projek mega kerajaan itu bertanggungjawab menasihat dan mengemukakan pandangan yang menjurus kepada pencegahan.

“Teguran dibuat semata-mata untuk mengelak sebarang kejadian yang boleh memberi imej buruk kepada kerajaan, selain memelihara kepentingan awam,” katanya.

Katanya, selain memantau perancangan dirangka pemilik projek, SPRM turut meneliti pelaksanaan projek peringkat awal, pertengahan dan akhir, termasuk membabitkan agensi kerajaan.

berita hairan

aku sgt keliru kat sini...Menara Warisan RM5 bilion tu projek kerajaan ke swasta? aritu kata swasta ni kerajaan pulak...
membazir2....:(scam
 
:eek::eek::eek::eek:.. sprm???? :eek::eek::eek:

p/s sori mod.. gelak guling2 ni
 
maner ader..tuh bukan projek kerajaan malaysia..tuh projek kerajaan BN..lain tuh bro :))
 
boleh ke SPRM pantau projet mega ???

setakat cake 10 kilo utk Nik Aziz bolehlah ....:))
 
eh menara WArisan tu bukan swastanye ker? :0
 
Selagi SPRM tidak dibawah parlimen.....jangan haraplah.......kes pemimpin BN di letak di bawah carpet jer lah...
 
Back
Top
Log in Register