BTC USD 63,323.9 Gold USD 4,327.97
Time now: Jun 1, 12:00 AM

SPRM Fail Permohonan Lucut Hak Menara Ilham

kupanglaut

Super Active Member
Messages
7,528
Joined
Jun 13, 2025
Messages
7,528
Reaction score
90
Points
80
e0c090f178872355a42505fae3a6baac6850303739fc5


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini memfailkan permohonan bagi melucut hak Menara Ilham yang dikaitkan dengan bekas Menteri Kewangan Allahyarham Tun Daim Zainuddin.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata bangunan setinggi 60 tingkat itu menjadi antara aset terbaru dalam proses pelucutan harta membabitkan Daim dan isterinya Toh Puan Na’imah Abdul Khalid serta beberapa proksi mereka di dalam negara.

"Kita akan melakukan proses (pelucutan hak) hari ini dan saya katakan, ia bukan proses yang mudah kerana banyak perkara perlu dilakukan, malah dokumen (berkaitan Menara Ilham) juga tebal.

"Dalam tempoh satu hingga dua minggu lagi, beberapa lagi permohonan akan difailkan bagi harta melibatkan individu berkenaan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat SPRM di sini hari ini.

Azam berkata SPRM juga telah mendapat perintah larangan terhadap aset Daim dan pihak berkaitan yang dianggarkan bernilai RM700 juta di United Kingdom (UK).

Susulan itu, pihak berkuasa UK telah dimaklumkan dan bersetuju untuk memfailkan permohonan perintah larangan di mahkamah UK berdasarkan permohonan yang dikemukakan oleh Malaysia.

Awal bulan ini, Menara Ilham disita sekali lagi oleh SPRM selepas agensi penguatkuasaan itu mendapat kebenaran daripada Timbalan Pendakwa Raya untuk menyita bangunan yang dikaitkan dengan Daim.

Pada Isnin lepas, Mahkamah Tinggi menggantung sementara perintah membekukan tujuh hartanah termasuk tiga kediaman mewah di London serta satu akaun bank didakwa milik isteri Allahyarham Tun Daim Zainuddin dan keluarga oleh SPRM.

Sebelum ini, SPRM mendapat perintah secara ex parte untuk membekukan tujuh hartanah terbabit dan satu akaun bank dengan kesemua harta terbabit berjumlah £132 juta (RM758.2 juta) mengikut Seksyen 53 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan Dan Hasil Daripada Aktiviti

 
Back
Top
Log in Register