BTC USD 60,659.4 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

SPRM: Dua Panel Pemantau SPRM Dikekalkan

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,502
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,502
Reaction score
38,198
Points
2,836
KUALA LUMPUR, 25 Feb - Dua panel bebas yang memantau perjalanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak akan dimansuhkan, kata Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed

Beliau berkata Panel Penilaian Operasi (PPO) dan Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR) dibentuk secara pentadbiraan di bawah Akta SPRM 2009

"Kerajaan kini dalam proses membuat pelantikan keanggotaan panel-panel berkenaan bagi penggal baharu," katanya dalam kenyataan di sini, Khamis

Dalam pada itu, beliau berkata SPRM mengambil maklum nasihat dan syor yang diberikan oleh PPO pada mesyuaratnya yang ke-29 semalam berhubung siasatan SRC International dan derma RM2.6 bilion

Justeru itu, SPRM berharap perkara itu tidak disalah tafsir oleh mana-mana pihak sebagai satu tindakan mencabar Peguam Negara

"Saya ingin menegaskan sebagaimana Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan bahawa kuasa pendakwaan adalah di bawah Peguam Negara," katanya
 
Panel Penilaian SPRM Sangkal Laporan Malaysian Insider

KUALA LUMPUR, 25 Feb - Panel Penilaian Operasi yang menasihatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyangkal yang ia "mempunyai cukup bukti untuk mendakwa Najib berhubung SRC" seperti dilaporkan dalam portal berita Malaysian Insider hari ini

Pengerusinya Tan Sri Hamid Bugo berkata Panel tiada kaitan langsung dengan laporan berita yang memetik anggota panel yang tidak dinamakan sebagai sumber berhubung beberapa kenyataan yang dikatakan daripada Panel

"Kami ingin menyatakan bahawa tiada sumber tanpa nama diberi kuasa untuk bercakap bagi pihak Panel dalam mana-mana keadaan. Dengan ini, kami ingin menegaskan bahawa kami tiada kaitan langsung dengan semua kenyataan yang memetik sumber tanpa nama itu," katanya dalam kenyataan di sini

Hamid berkata Panel langsung tidak pernah pada mana-mana masa menyatakan ia mempunyai "cukup bukti untuk mendakwa Najib berhubung SRC" seperti didakwa dalam tajuk artikel itu, atau bahawa "terdapat bukti berwibawa untuk merangka pertuduhan terhadap (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Razak"

Panel juga tidak membuat rumusan bahawa "penyiasat SPRM telah mengumpul keterangan yang mencukupi untuk membuktikan kes prima facie terhadap Najib", katanya

Bagaimanapun, katanya, Panel ada menasihatkan SPRM untuk melengkapkan penyiasatannya

Hamid turut merujuk kepada kenyataan dikeluarkan oleh SPRM semalam yang menyatakan "SPRM diminta oleh Panel untuk mengeluarkan kenyataan umum berhubung isu ini"

"Kami tidak membuat permintaan seumpama itu kepada SPRM," katanya. "Bagaimanapun terpulang kepada SPRM sekiranya ia mahu mengeluarkan sebarang kenyataan."
 
Back
Top
Log in Register