eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
RAUB - Serbuan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap aktiviti pembalakan haram di Hutan Simpan Tersang di sini semalam turut menemukan mereka dengan kegiatan perlombongan emas haram di hutan simpan yang sama.
Operasi yang disertai oleh 10 pegawai penguat kuasa dari Putrajaya itu mula memasuki hutan simpan tersebut pukul 8 pagi selepas menerima aduan daripada penduduk tempatan.
Kegiatan pembalakan haram itu dipercayai bermula sejak empat tahun lepas dan kawasan yang telah diceroboh adalah seluas 30 peratus dan di bawah pengetahuan agensi penguat kuasa terutamanya Jabatan Perhutanan.
Ketika serbuan dilakukan, pasukan itu menemui seorang lelaki berusia 53 tahun sedang memotong kayu balak kepada potongan-potongan kecil bersama dua anak lelakinya.
Sumber SPRM berkata, lelaki itu mendakwa dia mula menceroboh hutan itu sejak sebulan lepas dan kayu tersebut dijual kepada seseorang di ibu negara mengikut kadar permintaan dan saiz kayu yang dikehendaki.