BTC USD 81,450.5 Gold USD 4,165.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

SPR.. oh SPR..

so kes tutup la ni...kira betul la pengundi yg sah tuh
 
Pengundi tertua Ijok wanita 94 tahun



KUALA SELANGOR: Tiga warga emas antara yang tertua di Kampung Melayu Ijok di sini berazam untuk menunaikan kewajipan sebagai pengundi pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok Sabtu ini ini walaupun keuzuran.

Salbiah Sarikan, 94, yang menetap di sini mengharapkan bantuan daripada orang ramai membawanya ke pos mengundi di sekolah berhampiran kerana keuzurannya untuk berjalan.

"Nenek sakit pinggang...lutut. Tak tahan nak jalan," katanya yang merupakan antara peneroka awal di sini.

Warga emas itu berkata dia tidak pernah ketinggalan mengundi pada setiap kali pilihan raya sejak negara mencapai kemerdekaan.

Salbiah yang berasal dari Jawa Tengah berhijrah bersama suaminya ke sini pada tahun 1928 dengan mengusahakan tanaman kopi, sayur dan getah sepenuh masa.

Menurutnya pada masa itu Ijok sudah mula dipenuhi dengan ladang getah tetapi hutannya masih banyak sementara pokok kelapa sawit belum ditanam seperti pada hari ini.

"Ijok tu maknanya hijau sebab banyak hutan dekat sini. Biasalah orang Jawa cakap hijau bunyinya pelat, terus jadi 'Ijok'," katanya menyingkap sejarah.

Salleh Arjo, 94, berkata beliau adalah pengundi parti Perikatan sejak pilihan raya 1957 dan tidak pernah gagal mengundi sehingga hari ini.

Beliau yang berasal dari Pachitan, Jawa merantau seorang diri pada tahun 1937 ketika berumur 24 tahun dengan melakukan kerja sebagai pelombong bijih timah di Selayang sebelum menanam kopi di sini.

Menurutnya pada masa itu hanya orang Jawa yang menetap di sini selain beberapa peniaga Cina dan kaum India tertumpu di estet dan terdapat banyak ular sawa serta harimau di Ijok ketika itu kerana hutannya masih tebal serta kerap berlaku banjir.

Salleh yang uzur dan kurang lancar pertuturannya serta mengalami masalah kurang pendengaran, dibantu berbual melalui isterinya.

Sementara itu, Ramli Johari dalam usianya 82 tahun merupakan orang yang paling lama menetap di sini sejak beliau berusia satu tahun ketika dibawa keluarganya ke sini pada tahun 1926.

"Pakcik mesti undi bila pilihan raya. Tapi undi pakcik rahsia. Cuma pakcik nak minta lesen senapang sebab pakcik nak tembak monyet. Banyak monyet kat Ijok ni," katanya yang bersemangat menunggu tarikh 28 April walaupun agak lemah dan uzur.

Menurutnya beliau adalah orang Singapura berketurunan Jawa dan bekerja di kedaikedai Cina di Ijok serta mandur di ladang getah pada usia muda.

Pilihan raya kecil ini menyaksikan pertarungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional K.Parthiban dan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Kerusi DUN Ijok kosong berikutan kematian penyandang Datuk K.Sivalingam pada 4 April lepas di Chennai, India, akibat serangan sakit jantung.


hurm..ispani rejo..ni sape lak:-?
 
udah cay3869 bilang tadi.. 61 untuk indon juga.. yang baru 71 kodnya.. 61 tuh kire peringkat atok2 laaa..
Saya tak pasti plak kalo Indon nye kod 71, tapi sebelum ni setau saya 71 tu kod utk mereka yg lahir bukan dlm Malaysia. Suami saya lahir kat Singapura tetapi dibesarkan di KL dan kod dia 71. Ada sorang kwn lahir kat Siam...kod dia pun 71. Maybe Indon tu kod dia 71 atas sebab yg sama.
 
sape2 yg dah tau result terkini, tlg la share2.
 
Back
Top
Log in Register