BTC USD 75,597.2 Gold USD 4,266.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

SPAN Kesan Premis Abai Kerja Pengosongan Tangki Septik

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

SPAN Kesan Premis Abai Kerja Pengosongan Tangki Septik​

be922d795c5452b034df47106fbb98d76a293710b6212

4176452196fda8f3f36131857d0e1c3e6a2937420e317

Pengarah Seksyen Penguatkuasaan Bahagian Operasi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) , Ainal Yusman Mohamad Yusop (dua, kanan) melakukan pemeriksaan tangki septik pada Ops Kejor 1 yang dijalankan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) bersama Indah Water Konsortium (IWK) di kawasan Perindustrian Menglembu hari ini. Ops Kejor 1 yang dijalankan bertujuan bagi mengesan premis yang gagal melaksanakan pengosongan tangki septik secara berjadual. --fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA

Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) mengesan terdapat premis yang tidak pernah menjalankan kerja pengosongan tangki septik hingga 20 tahun, sekali gus menimbulkan risiko pencemaran alam sekitar dan kesihatan awam.

Pengarah Seksyen Penguatkuasaan Bahagian Operasi SPAN Ainal Yusman Mohamad Yusop berkata kebanyakan kes berkenaan berpunca daripada pertukaran pemilik premis, kegagalan mengambil maklum notis dikeluarkan serta kurangnya kesedaran mengenai kepentingan penyelenggaraan sistem pembetungan.

“Ada yang sudah melebihi dua kitaran pengosongan dan ada juga premis didapati tidak pernah menjalankan kerja pengosongan hingga 20 tahun.

"Apabila tangki septik yang tidak dikosongkan secara berkala maka ia akan kehilangan keupayaan untuk merawat air kumbahan dengan sempurna, menyebabkan air separa terawat mengalir ke longkang dan parit," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Ops Kejar 1 yang dijalankan bersama Indah Water Konsortium (IWK) di Kawasan Perindustrian Mengelembu dan turut dihadiri Ketua Wilayah Utara Jabatan Perniagaan Nyahenap Cemar IWK Wan Abdul Jalil Wan Husain.

Ainal Yusman berkata pemilik premis sebenarnya hanya perlu menjalankan kerja pengosongan tangki septik sekali setiap dua tahun selepas menerima notis daripada IWK.

Beliau berkata sekiranya pemilik premis tidak memberikan maklum balas terhadap notis pertama, notis susulan akan dikeluarkan sebelum kes diserahkan kepada SPAN untuk tindakan penguatkuasaan.

“Selama ini kita banyak memberi peluang, namun kegagalan mematuhi arahan itu semakin menjadi kebiasaan dalam kalangan sesetengah pemilik premis, justeru, undang-undang perlu dikuatkuasakan,” katanya.

Menurutnya, kos pengosongan tangki septik tidak membebankan kerana perkhidmatan itu hanya perlu dilakukan sekali dalam tempoh dua tahun, selain kadar caj dikenakan bergantung kepada kategori premis.

 
Back
Top
Log in Register