BTC USD 61,620.1 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

SPAN diharap tidak lulus kenaikan tarif air

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


GEORGETOWN - Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) berharap Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) tidak meluluskan permohonan kerajaan Pulau Pinang berhubung pelaksanaan cadangan menaikkan tarif air di negeri itu.

Presidennya Rahmad Isahak berkata ia bagi menjaga kepentingan dan membantu rakyat Pulau Pinang terutama orang Melayu yang kebanyakannya golongan sederhana daripada terbeban membayar bil air lebih mahal.

"Setiap proses untuk kenaikan tarif air perlu mendapat kelulusan daripada SPAN. KMPP berharap pihak SPAN tidak meluluskan cadangan kerajaan Pulau Pinang itu kerana ia pasti menambah beban rakyat.

"Pihak KMPP tidak nampak satu keperluan untuk kerajaan negeri pimpinan Lim Guan Eng untuk menaikkan tarif air kerana selama ini pun rakyat sudah terbeban dengan caj perkhidmatan air selepas Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) menaikkan surcaj pemulihan air sebanyak dua kali iaitu pada tahun 2010 dan 2013," katanya dalam sidang akhbar, di sini hari ini.

Baru-baru ini, Ketua Menteri Guan Eng berkata kerajaan negeri telah memberi kebenaran kepada PBAPP untuk menjalankan kajian mengenai kenaikan tarif air sebagai langkah terakhir bagi mengurangkan penggunaan air di Pulau Pinang yang mencatatkan kadar tertinggi di Malaysia. - Bernama
 
x paham aku... tibe2 melayu bising pasai kenaikan?? bukan ke kenaikan dapat menjimatkan air dan mengurangkan berlaku pembazirkan ?

ini bukan kenaikan... ini cume penyalarasan jer...

- macai sejati sampai mati
 
Masih murah jika dibandingkan dengan negeri jiran JOHOR

aku yg kat johor nie tiap2 bulan bil air lebih tinggi dari bil tnb....elektrik tu boleh la cut lagi mana2 usage yg tak perlu...air ni dah puas nak jimat tp bil tetap mahal dari bil tnb...huhuhuhu
 
aku yg kat johor nie tiap2 bulan bil air lebih tinggi dari bil tnb....elektrik tu boleh la cut lagi mana2 usage yg tak perlu...air ni dah puas nak jimat tp bil tetap mahal dari bil tnb...huhuhuhu

Kasi cut sebelum meter la boss, hehehe

Klu tak silap aku rm1.20+- 1m3 kan boss?
 
Cuba kita lihat tarif air setiap negeri...
 
aku yg kat johor nie tiap2 bulan bil air lebih tinggi dari bil tnb....elektrik tu boleh la cut lagi mana2 usage yg tak perlu...air ni dah puas nak jimat tp bil tetap mahal dari bil tnb...huhuhuhu

Tudia pengakuan org yg stay johor.. Baru tau sbb x pnah stay johor..
 
span saja kasi lulus....sbb nk sabotaj....ki kih:))
 
aku yg kat johor nie tiap2 bulan bil air lebih tinggi dari bil tnb....elektrik tu boleh la cut lagi mana2 usage yg tak perlu...air ni dah puas nak jimat tp bil tetap mahal dari bil tnb...huhuhuhu


Bro pakai banyak sangat air tu...

Utk pengetahuan bro.. yg dulu pon aku x tahu... SAJ ade 3 step rate utk setiap m³ penggunaan air

1-20m³ = RM0.60/m³
21-35m³ = RM1.65/m³
36m³> = RM2.96/m³

SAJ buat step rate mcm nie utk kawal pengguna supaya kurangkn pembaziran...
Agak2 bro berapa m³ sebulan guna....??
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register