BTC USD 63,533.9 Gold USD 4,463.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

SPAD: Teksi Uber perlu didaftarkan.

strom

Legendary Member
gem
Messages
17,846
Joined
Jul 18, 2011
Messages
17,846
Reaction score
4,719
Points
191
10:42AM Dec 13, 2014.

Sebarang kenderaan digunakan sebagai teksi yang mengenakan tambang kepada orang awam perlu mematuhi Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 walaupun bagi pemanduan amal.

Merujuk kepada Pemanduan Amal Uber dan Volkswagen Malaysia Bersama Selebriti di Lembah Klang, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dalam satu kenyataan hari ini berkata pemandu perlu memiliki lesen memandu Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV). *

"Kenderaan itu juga perlu didaftarkan dengan SPAD dan mempunyai perlindungan insurans untuk perlindungan penumpang yang membayar tambang.

SPAD mengalu-alukan niat murni pemanduan amal ini, tetapi semua pihak perlu merujuk dengan SPAD bagi memastikan kesahan program berkenaan, yang melibatkan sebarang penggunaan kenderaan pengangkutan awam darat," kata kenyataan itu lagi.

Program sehari pemanduan amal itu dianjurkan oleh Volkswagen dan aplikasi Uber, melibatkan selebriti tempatan untuk memandu dan memberikan penumpang pengalaman bersama barisan artis.

Kesemua kutipan derma oleh setiap pemandu selebriti ini akan disepadankan oleh Uber dan Volswagen serta didermakan kepada badan kebajikan terpilih.

Antara selebriti yang menyertai program ini adalah Sazzy Falak, Ean Nasrun and Jinnyboy, Afdlin Shauki, Joyce Wong, Yasmin Hani, Lisa Surihani, Dynas Mokhtar, Sheena Liam, Reshmonu, Phat Fabes, JJ – Red FM, Moots Shuvit dan Sarah Lian.

http://m.malaysiakini.com/news/283360.html
 
Nak Izara Aisyah jadi drebar ku.... :D
 
Daftar dulu baru guna..
 
Back
Top
Log in Register