BTC USD 83,427.8 Gold USD 4,174.07
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sos ada DNA ****

ape status ek produk nie...
aku geram btol tgk supermarket kat rumah aku masih slambe je jual mende alah nie..
 
IPOH: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), bertindak menghantar notis pemberitahuan kepada Persatuan Hotel Malaysia dan syarikat makanan segera berhubung penemuan Asid Deoksiribonukleik (DNA) **** di dalam sos jenama HP Souce dan Tabasco, sejak bulan lalu.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim, Hakimah Mohd Yusoff, yang dihubungi wartawan Harian Metro berkata, pihaknya sudah menghantar notis peringatan memaklumkan kepada pengamal industri makanan yang menggunakan sos jenama berkenaan baru-baru ini.


Bagaimanapun, katanya, aspek penguat kuasaan belum dijalankan berikutan pihaknya sedang melakukan beberapa siasatan terakhir sebelum menguatkuasakan larangan penggunaan dua jenis sos jenama terkenal itu.

“Kami belum memuktamadkan penguat kuasaan larangan itu, namun surat makluman mengenai penemuan DNA **** itu sudah diedar kepada pihak terbabit termasuk rangkaian hotel dan restoran makanan segera.


“Kami sedang menunggu arahan pihak atasan Jakim mengenai tindakan selanjutnya bakal diambil terutama dalam menguat kuasakan larangan itu,” katanya. Beliau berkata, pihaknya akan mengadakan sidang media khas sebaik segala siasatan berhubung larangan penggunaan sos jenama berkenaan selesai kelak.


Difahamkan, Jakim sudah mengambil sampel produk berkenaan untuk dihantar sebanyak dua kali ke Jabatan Kimia Malaysia sebelum ia disahkan terdapat DNA **** di dalamnya.

Persoalan timbul apabila pemilik jenama HP Sauce and Tabasco, HJ Heinz and Mclhenny Company, menyangkal dakwaan kedua-dua jenama itu tidak disahkan halal.


Dalam kenyataannya, syarikat itu berkata, kedua-dua jenama itu mematuhi sepenuhnya garis panduan kawal selia oleh badan pensijilan masing-masing.


HP Sauce disahkan halal oleh HAC (Halal Audit Company), iaitu pihak berkuasa pensijilan Islam di Belanda, di mana terletaknya kilang itu.


Manakala, Tabasco disahkan halal oleh INFANCA (Majlis Nutrisi dan Makanan Islam Amerika) yang juga pihak berkuasa Islam di Amerika Syarikat dan mendapat akreditasi Jakim bagi mengesahkan produk itu bagi pihaknya.

tabasco ni macam ada kat restoran Pizza Hut... :-?:-?
 
tabasco campur cili sos..makan dgn pizza..pehh..mmg terbaek.. x halal la pulak...aduih.. dari zaman awal 90 an dah mntekedarah menatang nie
 
Back
Top
Log in Register