Masih ada yg tanya tentang Genting Amber Court.
Maaf, aku tak berani jual dah Amber Court ni. Amber Court ni ada lebih 200 units kot, tapi bawah Leisure Holidays hanya ada 22 units saja yg memang di maintain oleh Leisure Holidays. Masalah nya banyak unit2 yg di punyai pihak2 lain ni (bukan Leisure Holidays) yg kosong & terbiar menjadikan suasana sekeliling tak menarik. Walaupun Leisure Holidays maintain unit2 Leisure Holidays, Leisure Holidays tak boleh berbuat apa2 tentang unit2 pihak lain mahupun mengecat luaran bangunan! Mungkin sesuai untuk yg berani mencari ketenangan, peace, quiet & fresh air, TAPI tak sesuai kalau nak berseronok dengan family/children. Aku kesana tahun 2006 dengan famili aku (6org anak!) ok lagi, kena pulak masa weekend, ramai. Sekarang aku dengar kalau weekdays terlalu sedikit penginap2 & dengan keadaan banyak unit2 terbiar mungkin suasana meresahkan sesetengah org.
Will take up the issue with Leisure Holidays bila dah cukup maklumat, best action mungkin untuk drop from list & cari alternatif sebagai ganti. Ni memang polisi Leisure Holidays...macam Desaru Impian Resort kena drop & replaced by Desaru Golden Beach Hotel... & kes2 sebelum ni...
So Genting Highlands aku dah drop from list, until further notice, sorry....