roBUST
Legendary Member

- Messages
- 12,406
- Joined
- Oct 13, 2008
- Messages
- 12,406
- Reaction score
- 136
- Points
- 123
AMPANG: Lelaki yang menjadikan seorang pemilik salun sebagai tebusan cuba menyembunyikan bukti jenayah dengan menyorokkan pistol dan peluru pistol di dalam cerek elektrik.
Tindakan suspek bagaimanapun dibongkar pihak polis sejurus anggota polis melakukan pemeriksaan dalam salun yang dijadikan lokasi untuk menahan mangsa, tengah hari semalam.
Sementara itu, pegawai risik operasi Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, Asisten Superintanden Kamal Khan Mohd Shariff (gambar) berkata, kejadian tebusan bersenjata api terbabit diselesaikan dalam tempoh lima minit selepas dia dan beberapa anggota lain tiba di lokasi kejadian.
Menurutnya, rundingan tebusan berkenaan dilakukan menggunakan telefon bimbit apabila dia terlebih dulu menghubungi mangsa wanita berusia 35 tahun yang masih berada di atas kedai.
“Saya yang bercakap dengan mangsa meminta dia menyerahkan telefon bimbit berkenaan kepada suspek di sebelahnya.
“Sebaik dapat berkomunikasi dengan suspek, saya segera memperkenalkan diri sebagai polis dari IPD Ampang Jaya,” katanya.
Menurutnya, dia meminta suspek menyerah diri dengan turun ke pintu utama sambil mengangkat kedua-dua tangannya.
“Ketika itu, saya memintanya memikir perkara itu sedalam-dalamnya. Saya memberitahu polis tidak teragak-agak bertindak lebih jauh sekiranya dia terus berdegil enggan menyerah diri.
“Pada masa sama, saya bertegas dan memberikannya tempoh lima minit untuk membuat keputusan dan menyerah diri kepada polis sebelum perbualan itu dihentikan seketika,’ katanya.
Menurutnya, debaran selama lima minit itu berakhir apabila dia menghubungi semula suspek menggunakan telefon bimbit dan memberitahu tempoh masa lima minit diberikan sudah pun berakhir.
“Mungkin menyedari saya serius dan benar-benar tegas, lelaki berkenaan akhirnya bersetuju menyerah diri sebelum turun melalui pintu utama ke tingkat bawah. Sebaik menyedari kelibatnya, saya segera mengarahkannya mengangkat kedua-dua belah tangan sebelum dia digari.
“Saya gembira kerana kejadian tebusan ini dapat diselesaikan dalam tempoh pantas selain membuktikan kecekapan polis menyelesaikan situasi genting terbabit,’ katanya.