BTC USD 62,128.6 Gold USD 4,466.23
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sorok pil kuda dalam coli

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
61,479
Joined
Jun 17, 2007
Messages
61,479
Reaction score
7,005
Points
881
Sorok pil kuda dalam coli

Muhammad Zaki (tengah) bersama pegawainya menunjukkan dadah yang dirampas dalam dua serbuan di Kampung Bunut Susu dan di Jalan Bukit Tuku.- Foto NSTP/ Nik Abdullah Nik Omar

PASIR MAS: Sepasang suami isteri ditahan polis selepas disyaki memiliki 2,280 pil kuda dan ganja seberat 3.9 gram dengan nilai keseluruhan RM25,110 dalam kejadian di Kampung Bunut Susu, di sini, jam 6.30 petang, Khamis lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhammad Zaki Harun, berkata ketika kejadian suspek yang berusia 27 dan 26 tahun itu, didapati keluar daripada kereta Perodua Kelisa sebelum anggota bertugas menahan mereka.


Katanya, anggota kemudian memeriksa bungkusan plastik hijau yang diletakkan di atas tanah berdekatan pasangan berkenaan sebelum menemui sejumlah 2,000 biji kuda terbabit.

"Selebihnya ditemui disorok di dalam bra (baju dalam) suspek wanita ketika anggota menjalankan pemeriksaan ke atas tubuh badanya.

"Sebaik pemeriksaan dijalankan kepada suspek lelaki, dadah jenis ganja pula ditemui di dalam poket seluar miliknya. Hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek lelaki positif dadah jenis Methamphetamine.

"Pasangan berkenaan kemudian ditahan untuk dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas bagi tindakan lanjut dan kes disiasat dibawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas Majlis Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) Kontijen Kelantan bertempat di Dewan Ketua Polis Negara, Ibu Pejabat Daerah Pasir Mas, di sini, hari ini.

Menurutnya, pasangan berkenaan ditahan reman selama tujuh hari bermula 26 sehingga 1 Februari untuk siasatan lanjut.

Sementara itu, Muhammad Zaki turut berkongsi penahanan dua lelaki termasuk seorang Orang Kurang Upaya (OKU) yang disyaki memiliki dadah jenis pil kuda dan Erimin 5 bernilai RM22,305 dalam kejadian di Jalan Bukit Tuku, di sini, jam 6.40 petang semalam.

"Anggota menahan kedua-dua supek yang masing-masing berusia 21 tahun, menaiki kereta Honda Civic sebelum membuat pemeriksaan dan menemui kesemua dadah di dalam kereta berkenaan.

"Hasil ujian saringan air kencing mendapati kedua-dua mereka positif dadah jenis Methamphetamine selain mempunyai rekod lampau membabitkan penyalah gunaan dadah.

"Mereka ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga 5 Februari untuk tindakan lanjut dan kes disiasat dibawah Seksyen 39B ADB 1952," katanya.

Dalam perkembangan sama, Muhammad Zaki berkata, polis berjaya menumpaskan 297 kes narkotik membabitkan 328 tangkapan melalui Ops Tapis Bersepadu yang dijalankan selama lima hari bermula 24 sehingga 28 Januari.

Katanya, hasil operasi itu, pihaknya membuat rampasan dadah bernilai lebih RM376,000 yang mana jika diedarkan boleh digunakan oleh seramai 105,545 penagih.
 
Back
Top
Log in Register