BTC USD 76,395.5 Gold USD 4,310.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

News Sony Tidak Lagi Mengilangkan Telefon Pintar Sendiri

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,559
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,559
Reaction score
7,740
Points
916
Setiap era akan berakhir. Manchester United dahulunya liar dan angkuh kini tersungkur di tangan pasukan sepak bola ASEAN. Mawi dahulunya bintang fenomena muzik kini tidak lagi dikenali Gen Z. Blogserius pula dikambus TikTok yang mengikis intelek. Era seterusnya yang tiba ke akhir garisan ialah Sony yang tidak lagi mengilangkan sendiri telefon pintar mereka.

Menurut laporan Sumahodigest, dua kilang Sony di Chonburi dan Bangkady di Thailand dan Wuxi di China tidak lagi menyenaraikan telefon pintar sebagai produk yang dikilangkan. Ini telah dilakukan sejak pertengahan bulan Mei dan memberikan petanda Xperia 1 VII Ialah telefon pertama mereka yang dikilangkan oleh OEM. Landskap telefon pintar telah berubah drastik berbanding zaman Sony Ericsson dahulu. Sony kini memegang kurang daripada 1% pasaran telefon pintar global pada tahun 2024. Penjualan peranti juga mula dihadkan ke pasaran tertentu sahaja serta model yang ditawarkan setiap tahun juga sudah dikurangkan.​
 
Last edited:
Sony Masih Melihat Perniagaan Telefon Pintar Penting Kepada Syarikat

Era Sony melancarkan peranti pintar baharu setiap suku sudah berakhir beberapa tahun yang lalu. Sony Mobile kini hanya melancarkan 3 telefon pintar setiap tahun dengan tiada lagi tablet dan tumpuan lebih diberikan kepada model mercu. Tahun ini Sony tidak lagi mengilangkan sendiri telefon mereka menyebabkan wujud isu pasca pelancaran Xperia 1 VII. Ini mewujudkan ura-ura Sony akan menarik diri daripada perniagaan telefon pintar.
1754645954338.png

Tetapi ketika mengumumkan laporan kewangan mereka semalam, CFO Sony Group Sue Lin mengatakan perniagaan telefon pintar masih lagi penting kepada syarikat dengan teknologi komunikasi digunakan bukan sekadar untuk melakukan panggilan telefon. Tambah beliau lagi teknologi komunikasi ialah teknologi yang sangat penting yang telah dipupuk Sony sejak sekian lama. Mengenai isu Xperia 1 VII pula, beliau memohon maaf kepada pelanggan yang terkesan. Isu pada perisian menyebabkan peranti mati dengan sendiri dan kemudian tidak boleh dihidupkan semula. Pelanggan yang terkesan telah diberikan peranti gantian. Isu ini juga menyebabkan pelancaran Xperia 1 VII di Malaysia ditangguhkan sehingga ke hari ini.

Sumber asal https://japan.cnet.com/article/35236485/
 
Back
Top
Log in Register