BTC USD 84,355.8 Gold USD 4,274.11
Time now: Jun 1, 12:00 AM

sold

adeh...ahli kimia tgh wat penyelidikan...cuti seminggu..hahaha
 
Avatar ko buat aku tak tahan.....
 
adeh...ahli kimia tgh wat penyelidikan...cuti seminggu..hahaha

ni kot kes ali kimia? :eek::eek::eek::eek::eek:

Empat ahli kimia Taiwan didakwa

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR
[email protected]


EMPAT warga Taiwan yang dituduh mengedar dadah dibawa ke Mahkamah Sesyen, Johor Bahru, semalam. – UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU 3 April – Empat ahli kimia warga Taiwan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan mengedar dadah melebihi satu tan bernilai RM61.3 juta pada Mac lalu.

Keempat-empat tertuduh, Chung Sheng Wen, 36, Chang Yen Ming, 34, Chang Yung Sheng, 30, dan Wu Sheng Yuan, 30, memahami pertuduhan yang dibacakan oleh seorang jurubahasa di hadapan Majistret Hafizah Johor Ariff Johor.

Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan.

Mengikut pertuduhan, kesemua tertuduh didakwa melakukan kesalahan tersebut di sebuah kilang No. 12, Jalan Angkasa Emas 6, Kawasan Perindustrian Tebrau di sini, kira-kira pukul 5.30 pagi, 22 Mac lalu.

Kesemua tertuduh yang diwakili dua peguam bela, Dr. Naran Singh dan G. K Sritharan didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1953 yang dibacakan bersama Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Hafizah Johor menetapkan 3 Julai depan untuk sebutan semula kes berkenaan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Husmin Hussin.

Pada 23 Mac lalu, Utusan Malaysia melaporkan satu sindiket dadah antarabangsa yang didalangi warga Taiwan tumpas selepas polis menyerbu sebuah kilang yang dijadikan makmal di kawasan perindustrian Tebrau di sini.
 
Back
Top
Log in Register