BTC USD 83,144.0 Gold USD 4,117.73
Time now: Jun 1, 12:00 AM

To Sell SOLD!!! - Gelang Teras Kelor/Gemunggal.

ZenPiper

Fun Poster
Messages
520
Joined
Feb 27, 2011
Messages
520
Reaction score
0
Points
10
Bismillah
Assalammualaikum semua warga CG..:D
Dimaharkan Gelang Teras Kelor/Gemunggal. Grade padu. Tenggelam apabila direndam didalam air. Berkhasiat tinggi secara semulajadi dengan izin Allah.


teraskelor1_zps7117a461.jpg


Sebutir teras kelor/Gemunggal (lebih kurang 12mm) yang diasingkan dan direndam dalam air. Ianya ringan tetapi tenggelam - Grade Padu.

gelangkelor2_zpsef5dd34a.jpg


Sedikit info tentang Khasiat Teras Kelor/Gemunggal -
Dalam Kitab Ensiklopedia Herba-Herba Sekeliling Kita susunan ‘AQ HA.S, pada mukasurat 100 dinukilkan:

Gemunggai: Remunggai, Kelor

Sejenis pokok besar berdaun kembar halus, dimana pucuknya enak disayur, berkhasiat:
- Menawarkan racun dalam makanan: sebelum makan atau minum, lalukan terasnya ke atas makanan atau minuman.
- Menjauhkan dari terkena hikmat sihir: terasnya dipakai menjadi permata cincin yang bersentuh dengan kulit.
- Menjauhkan rumah dari gangguan hantu yang membawa penyakit, dan sihir: dengan menanamkan pokok ini di empat penjuru rumah.
- Menakutkan ular-ular dan binatang-binatang bisa: dengan memakai terasnya sebagai cincin.
- Mengeluarkan raksa daripada tubuh: bila memakai terasnya.
- Kebal darurat (kebal senjata & asid dengan izin Allah).
- Sakit mata:daunnya 3 ranting kecil dilumat diandunkan dengan 1 gelas air dan heningkan; ditapis dan dititikkan ke dalam mata.
- Rabun ayam: daunnya 3 ranting kecil dilumat, dituangkan 1 mangkuk air masak dan ditapis; kemudian diandunkan dengan madu 3 sudu, diminum sebelum tidur.
- Sakit kuning: daunnya 7 ranting kecil dilumat dan dimasukkan 1 gelas air kelapa; ditapis dan diadunkan dengan 7 sudu madu, diminum 3 kali sehari.
- Sengal tulang: daunnya 3 ranting kecil dilumatkan bersama ½ sudu kapur makan, dibuat gosok.
- Alergi (alahan): daunnya 3 ranting kecil, bawang merah 1 ulas, biji adas dan akar mempelas direbus dengan 2 gelas air sehingga tinggal lagi separuh dan ditapis, diminum 2 kali sehari 1 mangkuk kecil.
- Memusnah cacing: daunnya 3 ranting kecil, daun lada 1 ranting kecil dan 3 batang Dukung Anak direbus dengan 2 gelas sehingga tinggal lagi separuh dan ditapis, diminum sebelum tidur.
- Luka bernanah: daunnya 7 ranting kecil dilumatkan ditempel.
- Sukar membuang air kecil: daunnya 3 ranting kecil dilumat dan diperah dicampur dengan perahan air mentimun atau lobak Merah, sama banyak antara ketiga; diadun dan dicampur 1 gelas air dan ditapis; diminum 3 kali sehari.
- Menjauhkan dari kecurian: bila meletakkan terasnya dalam rumah atau dalam kenderaan, insya Allah.
- Sengal tulang: daun mudanya diremuk dicampur kapur makan, digosokkan.
- Bengkak: daun mudanya diremuk dan ditempelkan ditempat sakit.
- Mengurangi rasa sakit: Untuk keduanya- daun mudanya diremuk dan ditempelkan di tempat sakit. Juga kulitnya diremuk dan dicampur sedikit kapur makan, ditempelkan.
- Pitam, pengsan (Epilepsi): akarnya diasah dibuat basuh kepala.
- Busung (Odeem): akarnya dan kulit serta akar pepaya dilumat dicomor.
- Beri-beri:akarnya direbusdan diminum.
- Kencing Bernanah (Gonorrhoea): akar dan daunnya direbusdan diminum setiap 3 jam sekali.
- Kurap: daunnya digosokkan dengan kapur.

Dan pada mukasurat 135…

Kelor: Gemunggai, Remunggai, Merunggai

Sejenis pokok yang mempunyai khasiat yang agak ganjil:
- Lekat uri (sak: tembuni): Terasnya direndam kira-kira 2 minit, maka diminum.
- Budak menangis-nangis: Terasnya diasah dan diberi minum.
- Memudah lepas susu anak: Terasnya diasah dengan sedikit garam, dibubuh pada tetek ibu.
- Bisul: Terasnya diasah, dicomor pada mata bisul.
- Ditakuti hantu: Terasnya dijadikan cincin dipakai pada jari manis.
- Kena santau, racun dan bisa dalam tubuh: Terasnya direndam dalam air kelapa kira-kira 3 minit, diminum.
- Digigit ular,lipan: Terasnya diasah dan dicomor pada tempat yang kena gigit.


Segalanya dengan izin Allah. Sesungguhnya Allah SWT jualah yang Maha Berkuasa atas segalanya

Item SOLD!!! Tq... :D
 
Last edited:
Setiap ciptaan Allah SWT mempunyai pelbagai rahsia dan kelebihan yang tersirat. Sinaran matahari dan titisan hujan menyuburkan bumi yang tersimpan padanya pelbagai rahsia unik. Kemudian dari pelbagai ciptaanNya itu disertakan khasiat yang tersendiri. Tiada suatu pun makhluk yang Allah ciptakan di alam ini melainkan bersamanya turut tersimpan seribu satu rahsia. Allah SWT memerintahkan manusia mencari dan mengkaji bagi mengetahui hikmah dan khasiat yang terkandung di dalamnya. Dengan taufik dan hidayahNya, manusia mampu berfikir dan mendapat petunjuk dalam usaha menerokai khazanah Allah SWT lalu menemui pelbagai hasil galian dan tumbuhan semulajadi yang bermanfaat.

Kesemua ciptaan Allah SWT hanyalah merupakan perantaraan semata. Allah SWT jualah yang berkuasa mutlaq atas segalanya. YAKIN dan berserah hanya kepada Allah SWT selayaknya. PERCAYA dan terokailah akan ciptaanNya yang mempunyai pelbagai rahsia dan kelebihan .

Teras Gemunggal wajar dimiliki oleh setiap individu sepertimana perlunya kotak ‘First Aid' sebagai persediaan di saat kecemasan atau darurat..
 
Teras Gemunggal merupakan Teras Kayu BerEnergi adalah terdiri dari sejenis kayu yang secara kudrati mengandungi 'DAYA KEKUATAN ENERGI" atau Potensi Supernatural dan bukan hasil dari pengisian oleh manusia. Semata-mata ciptaan Allah SWT.

Kekuatan, daya, potensi dan energi kayu-kayu tersebut perlu diketahui, dicermati untuk dapat dipergunakan sebagai kelengkapan manusia dalam kehidupan sehari-hari agar manusia rahayu dalam melaksanakan kehidupan serta mengembangkan kehidupan.

Pancaran energi kayu tersebut dapat dipelajari dan diketahui dengan berbagai cara. Pengetahuan tentang kayu berenergi ini sudah terkenal sejak zaman dahulu lagi. Ianya boleh digunakan untuk membuat rawatan bagi pelbagai penyembuhan, pemagaran, benteng diri, pelarisan, pengasihan dan banyak lagi kelebihan.
Sebagai seorang muslim kita mesti meletakkan 100% pergantungan kita kepada Allah SWT. Tidak ada sesuatu pun yang dapat mendatangkan kebaikan kecuali dengan izin Allah dan tiada suatupun yang dapat membawa mudharat melainkan dengan izin Allah jua. Pemakaian dan penggunaan batu ataupun apa saja benda-benda yang mempunyai kelebihan padanya (dengan izin Allah) adalah tidak salah, akan tetapi mestilah benar-benar/ sungguh difahami dan yakin akan hakikat penggunaan / pemakaiannya.

Pemakaian dan penggunaan batu hanyalah salah satu cara/ usaha untuk mencapai tujuan masing-masing. Sama juga dengan penggunaan ubat (ubat dari hospital atau ubat tradisional dari akar-akar kayu) apabila kita mengalami sakit kepala atau sakit-sakit lain. Kita hanya berusaha dengan kelebihan/ sifat yang ada pada ubat tersebut untuk menghilangkan sakit tetapi kuasa untuk meyembuhkan adalah dalam kekuasaan Allah, jika Allah mahu nescaya sembuhlah kita dari sakit dan begitulah juga sebaliknya.

Batu atau kayu atau apa-apa saja benda yang istimewa adalah anugerah Allah yang sememangnya tidak sia-sia penciptaannya. Seperti garam yang bersifat masin, begitulah juga batu-batu yang istimewa ini bersifat dengan sifat yang wujud padanya masing-masing. Hanya orang yang tahu (berilmu) sahaja yang dapat mengambil manafaat daripadanya. Silalah fahami bahawa Batu-batu tersebut tidak mempunyai kuasa. Batu-batu tersebut hanyalah mempunyai kelebihan/ keistimewaan dengan sifat yang ada padanya tetapi kuasa mutlak adalah ditangan Allah. Jadi janganlah lari daripada penggantungan kita sepenuhnya kepada Allah jua. Semoga anda semua mendapat kefahaman yang sungguh tentang hakikat pemakaian batu permata dan beroleh kejayaan dalam cita-cita serta tujuan anda selagi anda tetap diatas jalan Allah.
 
Kepada yang betul2 berminat, bleh PM saya utk dapatkan rege yang terbaik... :D
 
Back
Top
Log in Register