BTC USD 82,934.2 Gold USD 4,194.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Solat tarawih 4 rakaat (update 2012)

kalau di masjid/surau, solat lah 2 rakaat ba'diah (selepas) Isyak kerana solat ba'diah Isyak lebih utama daripada solat tarawikh.

Baru tau ni. Thanks bro.. :)paid
 
Boleh je 2 rakaat pun boleh. Nama pun sunat.

yg buat 8 atau 20 tu sbb tradisi. gitu le...

Er... Papa, dah ada forumer lain jawab, kata paling kurang 8 rakaat.
Kalau kurang tak dikira tarawih.
Walaupun sunat, ada solat2 sunat yg berbeza caranya.
Solat sunat raya ada khutbah, solat tasbih banyak bertasbih, solat witir rakaatnya ganjil, dll...
Wallahu a'lam.
Aku ni pun bukan tahu sgt. Org lain yg bagitau.
 
Bilangan raka'at solat Tarawih

Solat Tarawih adalah termasuk solat sunnat muakkad berdasarkan hadith-hadith yang telah disebutkan tadi. Bilangan raka'atnya berjumlah 20 raka'at tidak termasuk solat witir. Jika dimasukkan solat witir maka manjadi 23 raka'at. Demikian berdasarkan pada sunnah yang telah berlaku dan berdasarkan pada sunnah umat Islam, sama ada daripada golongan ulama Salaf maupun Khalaf sejak zaman Khalifah Umar Ibnu al- Khattab r.a. sehinggalah kezaman kita sekarang.

Tidak seorang pun antara Imam-imam Mazhab yang empat, ahli fekah yang mujtahid memperselisihkannya kecuali ada sati riwayat saja yang menerangkan iaitu Imam Darul Hijrah (Imam Malik bin Anas) yang menambah sehingga 30 raka'at.

Demikian pula dalam riwayat yang kedua dari Imam Malik yang berdasarkan pada amalam penduduk Madinah bersumberkan dari Nafi' yang berikut: "Saya menjumpai umat Islam (Madinah) mengerjakan solat Tarawih 39 raka'at bersama witirnya tiga raka'at."

Akan tetapi menurut riwayat yang masyhur daripada Imam Malik dan bahkan riwayat yang amshyur ini sesuai dengan pendapat jumhur ulama daripada kalangan Syafi'i, Hambali dan Hanafi mengatakan bahawa solat Tarawih itu berjumlah 20 raka'at. Oleh kerana itu, berdasarkan pada riwayat yang mashyur ini, maka telah menjadi kesepekatan antara Imam-imam mazhab yang empat. Semoga Allah s.w.t. melindungi orang-orang Mukmin daripada permusuhan yang membinasakan.

Dalil-dalil Para Mujtahidin

*

Para Imam Mujtahid menetapkan bahawa solat Tarawih berjumlah 20 raka'at berdasarkan hadith riwayat al-Baihaqi dan riwayat lain dengan sanad yang sorih lagi sohih daripada Saib bin Ziyad, yakni seorang sahabat yang terkenal. Saib berkata: "Pada zaman Umar ibnu al-Khattab r.a. umat Islam mengerjakan solat Tarawih dalam bulan Ramadhan sebanyak 20 raka'at."
*

Mereka berhujah juga dengan hadith riwayat Imam Malik dalam kitab Al-Muwatta' dan riwayat al-Baihaqi daripada Yazid bin Rauman. Yazid bin Rauman berkata: "Pada zaman Umar ibnu al-Khattab r.a. orang ramai mengerjakan solat Tarawih sebanyak 23 raka'at." Yakni, 20 raka'at Tarawih dan 3 Raka'at Witir.
*

Mereka juga berhujah dengan hadith yang diriwayatkan daripada al-Hasan yang mengatakan bahawa Umar r.a. telah menghimpun orang ramai untuk mengerjakan solat dibelakang Ubai bin Ka'ab sebagai Imamnya dengan mengerjakan solat Tarawih 20 raka'at. Ubai bin Kh'ab tidak membaca qunut bersama mereka kecuali pada malam separuh kedua daripada bulan Ramadhan. Apabila masuk separuh ketiga yang akhir daripada bulan Ramadhan, Ubai bin Ka'ab menghilang, yakni dia mengerjakan solat dirumahnya sendiri, lalu jama'ah pun berkata: "Ubai telah lari."

Ibnu Qudamah menceritakan didalam kitab Al-Mughni bahawa telah terjadi ijma atas bilangan solat Tarawih iaitu 20 raka'at. Dan diriwayatkan daripada Imam Malik bahawa bilangan raka'at Tarawih itu 36 raka'at. Dia berkata: "Solat pada malam-malam bulan Ramadhan adalah 20 raka'at. Ia adalah sunnat muakkad dan orang yang mula-mula mengerjakannya adalah Nabi Muhammad s.a.w. Adapun nama Tarawih itu dinisbahkan kepada Umar ibnu al-Khattab r.a. Ini kerana Umar menghimpun umat Islam untuk mengerjakan solat Tarawih secara jemaah dibelakang Ubai bin Ka'ab yang bertindak sebagai imam."

Telah diriwayatkan oleh para ahli hadith bahawa pada suatu malam dalam bulan Ramadhan, Umar ibnu al-Khattab keluar kemasjid, kebetulan ketika itu umat Islam solat dimasjid sendiri-sendiri. Lalu Umar berkata: "Seabiknya aku himpunkan mereka dibawah pimpinan seorang ahli qiraat." Maka beliau pun mengumpulkan umat Islam dan solat dibelakang Ubai bin Ka'ab. Kemudian pada malam berikutnya dia keluar lagi dan menyaksikan orang ramai mengerjakan solat dibelakang imam. Maka berkatalah Umar ibnu al-Khattab: "Sebaik-baik bida'ah adalah ini."

Seterusnya Ibnu Qudamah menjelaskan bahawa yang dipilih oleh Imam Ahmad bin Hanbal adalah 20 raka'at. Demikian juga 20 raka'at ini dipilih oleh al-Thauri, Abu Hanifah dan al-Syafi'i, sedangkan Imam Malik memilih 36 raka'at dengan menyandarkan pada amalan penduduk Madinah dan bagi kami, sesungguhnya Umar ibnu al-Khattab ketika mengumpulkan orang ramai mengerjakan solat dibelakang Ubai bin Ka'ab sebanyak 20 raka'at.

terima kasih atas info ni....
 
Ikut cam aku, tak buat langsung lagi senang! Aku datang masa moreh je, yg tu nak 2 ke 4 ke 8 ke 20 biji kuih, xde sape yg larang!~X(
 
senang je kesimpulan pasal solat sunat malam bulan puasa ni..tak yah penin penin

sapa nak lebih pahala buat rakaat lebih..
1000 rakaat lebih afdal dari 4 rakaat. jgn buat 1/2 rakaat dah

kalau rasa malas boleh buat 0 rakaat. yg pasti anda tak berdosa

faham semua?
 
Gantikan tarawih dengan solat sunat empat rakaat​

Saidina Abdullah anggap solat berkenaan ada ganjaran besar seperti lailatul qadar​

fazleensafina4 weeks ago
template-2021-05-18T111022.218-602x470.jpg

1. SEPANJANG Ramadan dahulu, kita bersemangat menunaikan solat Tarawih sebanyak 8 atau 20 rakaat. Alangkah sayangnya andai kekuatan ini dilenyapkan selepas berlalunya Ramadan.

Barangkali kita boleh menggantikan kekuatan menunaikan solat Tarawih kita dengan solat sunat empat rakaat selepas Isya. Ini kerana Rasulullah ﷺ dikatakan sering melakukannya.

2. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari, Saidina Ibn Abbas ada menceritakan bagaimana Rasulullah setelah selesai menunaikan solat isya’ akan pulang ke rumah dan menunaikan solat sunat 4 rakaat. Kata beliau:

وَكَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عِنْدَهَا فِي لَيْلَتِهَا ، فَصَلَّى النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ العِشَاءَ ، ثُمَّ جَاءَ إِلَى مَنْزِلِهِ ، فَصَلَّى أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ ، ثُمَّ نَامَ

“Rasulullah ﷺ menunaikan solat Isya, kemudian pulang ke rumahnya dan menunaikan solat (sunat) empat rakaat dan kemudian Baginda ﷺ tidur.” (HR al-Bukhari)

3. Perkara ini turut disahkan oleh Saidatina Aisyah yang menyebutkan:

مَا صَلَّى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْعِشَاءَ قَطُّ فَدَخَلَ عَلَيَّ إِلَّا صَلَّى أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ أَوْ سِتَّ رَكَعَاتٍ

“Tidaklah Rasulullah ﷺ itu menunaikan solat isya melainkan Baginda ﷺ akan pulang ke rumahku dan menunaikan solat sunat empat atau enam rakaat.” (HR Abu Daud)

4. Lebih luar biasa lagi Saidina Abdullah bin Mas’ud menganggap solat sunat empat rakaat selepas Isya ini mempunyai ganjaran yang sangat besar seperti ganjaran Lailatul Qadar. Kata Saidina Abdullah bin Mas’ud:

مَنْ صَلَّى أَرْبَعًا بَعْدَ الْعِشَاءِ لَا يَفْصِلُ بَيْنَهُنَّ بِتَسْلِيمٍ، عَدَلْنَ بِمِثْلِهِنَّ مِنْ لَيْلَةِ الْقَدْرِ

“Barangsiapa menunaikan solat sunat selepas isya sebanyak empat rakaat dengan satu salam, maka pahalanya seumpama pahala Lailatul Qadar,” (Athar diriwayatkan oleh Ibn Abi Syaibah).

5. Bagaimana menunaikannya? Berdasarkan hadis Abdullah bin Mas’ud di atas, solat ini dilaksanakan dengan empat rakaat dengan satu salam. Manakala dalam hadis Ibn Abbas pula, Rasulullah ﷺ mendidik sahabat menunaikannya secara dua rakaat-dua rakaat dengan bacaan surah al-Kafirun + al-Ikhlas dan al-Sajadah + al-Mulk. (HR al-Tabrani – dinilai daif)

6. Solat sunat empat rakaat ini adalah tambahan dari solat sunat rawatib. Ini kerana hadis mengenai solat sunat rawatib yang diriwayatkan oleh Ibn Umar hanya menyebutkan dua rakaat selepas isyak. Empat rakaat ini seakan-akan tambahan dari dua rakaat tersebut.

7. Oleh yang demikian, sekiranya kita masih mempunyai kekuatan Tarawih seperti dalam Ramadan yang lalu, teruskan dengan menunaikan solat sunat selepas isya’ sebanyak 4 rakaat.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi

Penafian:
Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
 
terawih tu 20rakaat..keatas..yg bawah dr itu hanyalah solat sunat biasa je..tu yg seperti diijmakan oleh ulama aswj 4 imam mazhab..
dan dlm bulan puasa kuarlah kenyataan solat slps isyak tu..mungkin hal tu perkara setempat yg kebiasaan penduduk melakukan solat tu sebelum ramadhan..dan bila ramadhan hadir..dorg xbuat..disarankan pada penduduk tu yg kebiasaan bg mereka..
xde permasalahan pun..nk buat ke tak hal sunat tu..kalau rajin buat dua2..dpt dua2..bila disebut gantikan tu xbetul..sunat ni pilihan diri masing2..kerana dua2 ada kelebihan sendiri..slalunya org fokus pada terawih sebab hanya dlm bulan ramadhan je dia ada..xde masalah pun..janji beramal dia..tak kiralah solat sunat mana pun..
 
Back
Top
Log in Register