ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
Anggota bomba bertungkus-lumus menjalankan kerja-kerja pemadaman, semalam bagi mengelak api merebak ke stesyen minyak bersebelahan.
SEREMBAN - Tindakan seorang ibu memberhentikan kenderaannya untuk menunaikan solat di surau sebuah stesyen minyak menyelamatkan dia dan keluarga daripada kebakaran.
Kejadian berlaku di stesyen minyak Hentian Rehat & Rawat (R&R) Seremban di Lebuhraya Utara - Selatan, arah utara, di sini, semalam apabila Toyota Estima dinaiki empat sekeluarga itu, hangus terbakar beberapa minit selepas mengisi minyak.
Ketika kejadian kira-kira 4.20 petang itu, pemandu wanita berusia 50-an dan tiga anak perempuannya tidak berada di dalam kereta, sebaliknya sedang menunaikan solat di surau di situ.
Difahamkan, sebelum kejadian, wanita berkenaan baru selesai mengisi minyak di stesen minyak terbabit sebelum meletakkan kenderaannya dengan mematikan enjin di tempat letak kereta untuk singgah di surau stesyen minyak itu.
Bagaimanapun, seorang anaknya menyedari kepulan asap keluar daripada kenderaan sebelum secara tiba-tiba api terus merebak ke seluruh bahagian kenderaan terbabit.
Pegawai Bomba Kanan II Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2, Mohd Faizal Abd Rahman berkata, sebuah jentera membabitkan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2, dibantu dua unit bermotor bomba dikejarkan ke tempat kejadian.
"Sebaik tiba, api sedang marak pada kenderaan tersebut dan pihak bomba terus menjalankan kerja-kerja pemadaman memandangkan lokasi kejadian amat berisiko kerana berhampiran stesen minyak.
"Di atas tindakan pantas anggota, akhirnya kita dapat mengawal kebakaran dalam tempoh tiga minit dan api dapat padam sepenuhnya 10 minit kemudian," katanya di sini, semalam.
Menurutnya, keluarga terbabit sedang dalam perjalanan dari Kulai Jaya, Johor menuju ke Gombak.
"Kejadian tidak melibatkan sebarang kenderaan lain dan punca kejadian masih dalam siasatan," katanya.