BTC USD 60,783.6 Gold USD 4,369.75
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sokong kepimpinan ulama

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpeg

Tuan Ibrahim (kiri) menyampaikan sijil kepada wakil Pas cawangan yang menerima anugerah dalam kategori tertentu di Markaz Tarbiyah Pas Kuala Terengganu, Kuala Ibai, di sini, semalam.​

KUALA TERENGGANU - Pas Kawasan Kuala Terengganu dan Setiu sebulat suara menyokong kepimpinan ulama dan juga kepimpinan sedia ada apabila memutuskan Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk kekal mempertahankan jawatan Presiden Pas dalam pemilihan Pas Pusat Jun depan.

Di peringkat jawatan timbalan presiden pula, kedua-dua kawasan tersebut turut mencalonkan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang merupakan Naib Presiden Pas untuk mencabar kedudukan yang disandang Mohamad Sabu ketika ini.

Keputusan yang boleh dijangka itu sama sebagaimana beberapa kawasan lain yang telah pun bermesyuarat sebelum ini iaitu Besut dan Hulu Terengganu yang turut mendahulukan golongan ulama dalam kedua-dua jawatan tertinggi parti.

Bagi jawatan naib presiden, Pas Kuala Terengganu menamakan tiga calon untuk mengisi jawatan tersebut, antaranya Datuk Nik Amar Nik Abdullah, Idris Ahmad dan Datuk Ir Iskandar Samad yang kesemuanya merupakan ahli jawatankuasa Pas Pusat sebelum ini.

Sementara Pas Kawasan Setiu pula mencalonkan Nasruddin Hassan, Idris Ahmad dan Datuk Nik Amar Nik Abdullah bagi jawatan naib.

Kedua-dua mesyuarat tersebut dibuat secara berasingan iaitu Pas kawasan Kuala Terengganu di Markaz Tarbiyah Pas Kuala Terengganu di Kuala Ibai manakala Pas Kawasan Setiu di Guntong Luar, Setiu.

Kedua-dua mesyuarat kawasan tersebut dirasmikan oleh Tuan Ibrahim.
 
Back
Top
Log in Register