BTC USD 63,124.5 Gold USD 4,470.48
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Software, Kerja dan Gaji

ak keja Mechanical Engineer kt kilang MNC...
Keja start dari sketch sampi end products... more to design structure and assembly concept for products (more to audio products)...
Modeling and simulation software yg kami slalu guna
- Solidworks
- Cathia
- Creo
- Simens NX

Rate gaji
Freshie - 2.6k-3k
Junior - 3.5k-4.5k
Senior - 6k above

nice input bro! :)cgrock
dah update kat depan!
 
share sikit..

background saya electronic (diploma jer)
tapi sedaya upaya saya larikan diri dari apply kerja berkaitan dengan electronic..
disebabkan bidang ini tidak lagi relevan pada mata saya..
faktor gaji kecik,dan jawatan yang layak untuk saya di bidang electronic hanya technician..
dan 1 lagi,kalau nak masuk kilang electronic punyalah leceh kena jawab exam bagai,kalau ada 40 soalan,1 soalan saya salah jawab,interviewer akan hentam 1 soalan tu la...dan saya akan terus terang saya memang lemah knowledge electronic..tak berbaloi saya nak cuba lagi dengan kesusahan nak dapat kerja dan gaji yang ditawarkan,tambahan pula kebanyakan kilang electronic agak ketat undang2,,contoh sebelum sy pegi interview,henfon pun takleh bawak masuk ke production line..
dan 1 lagi faktor..tech electronic secara majoritinya perlu bekerja shif (ada kilang 3shif,ada yang 2shif) saya merasakan kerja shif adalah tidak bagus untuk masa saya bersama keluarga juga masa saya untuk meng'explore' potensi membuat duit dengan internet..
jadi saya prefer kerja office hour :)

disebabkan itu,option yang saya pilih adalah meng'highlight'kan kepakaran saya dalam software2 berkenaan production dan manufacturing..
saya ada pengalaman dalam mengendalikan software SAP, ERP, MRP dan software yang umum tapi sangat penting dalam analisis data iaitu Microsoft Excel :))
excel saya highlightkan skill2 penting yang saya boleh guna seperti vlookup,hlookup,pivot,dashboards dan function2 if yang seangkatan..

position yang saya boleh apply dengan pengalaman tersebut adalah production executive/officer, production planner, QC dan position2 yang memerlukan kemahiran analisis data serta admin software..

dan yang paling penting dalam meng'apply' kerja >> prestasi semasa interview..saya akan rehearse apa yang patut saya present pada malam sebelum hari interview..

dan Alhamdulillah baru2 ni saya telah dapat kerja di 1 kilang yang agak stabil dengan expected salary yang dimohon rm2.3k sahaja..
pelbagai benefit disediakan + waktu kerja yang sangat fleksibel (flexi-hour)..memang rare :)
saya harap pengalaman baru ini dapat meningkatkan lagi saham saya dimata kilang2 yang stabil untuk meng'apply' kerja yang lebih bagus dengan gaji yang lebih bagus selepas ini..insyaAllah...
 
Back
Top
Log in Register