ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
BUTIK di rumah mungkin agak janggal kedengaran, namun dalam era baru terkini yang menggunakan medium sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter, Blog sebagai perantara hubungan, ia adalah tidak mustahil sama sekali.Apa yang difikirkan pada mulanya hanyalah sebagai angan-angan atau hiburan masa senggang di talian, kini bertukar menjadi perniagaan yang serius untuk diusahakan.Diusahakan Sofiah Haniff, dia suatu ketika dahulu adalah pembantu peribadi di sebuah syarikat antarabangsa. Oleh kerana cintanya pada bidang perniagaan dan kraf tangan, dia kini membangunkan butik pakaian, Softique Clozet yang juga impian dan cita-cita sejak dulu lagi.Jelasnya, dia tidak menyangka, dengan hanya menggunakan aktiviti jual beli di internet sebagai hobi kini mampu beroperasi sebagai perniagaan tetap."Angan-angan untuk memiliki perniagaan sendiri dengan menjadikan medium internet sebagai platform pemasaran kini makin berjaya. Butik Softique Clozet berjaya mengumpulkan lebih daripada 30 rakan di bawahnya," katanya.Ibu kepada anak tunggal ini telah berjaya mendapat pendapatan di luar jangkaan di samping telahmembantu usahawan muda yang baru berjinak-jinak memulakan perniagaan.
Kini, barangan yang dipamer di talian bukan sahaja boleh dibeli terus tetapi pembeli juga dapat berkunjung ke butik Softique Clozet untuk melihat sendiri barangan yang ditawarkan.
Rumah teres setingkat yang terletak di Bangsarditransformasimenjadi mini butikeksklusif dengan berbagai barangan wanita dan kanak-kanak.