BTC USD 81,268.8 Gold USD 4,165.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ask/Help Soalan Matematik

ladyboss

Active Member
Messages
2,074
Joined
Nov 28, 2006
Messages
2,074
Reaction score
2
Points
25
Lama dah tinggal sekolah nak selesaikan ni pun dah tak reti nak buat. Saya pula jenis selagi tak dapat jawapan selagi tu rasa tak tenteram jiwa. Jadi minta bantuan rakan2 yang pakar math tolong bantu bagi saya kefahaman.

x kuasa 2/3 = 4. Berapa jumlah x?

cara saya (cara org tak pandai):

x kuasa 0.6666 = 4, jadi kalau main teka nombor, 8 kuasa 0.6666 = 4, jadi x jawapannya 8. Tapi secara matematik macamana nak dapat 8 tu? jenuhlah kalau nak main teka ye tak.
 
kalau x silap saya la kan. ni kene pakai log. kene guna calculator. kekekek
 
camni tt..2/3 bwk ke kanan..jadinye sekarang 4 kuasa 3/2, 4 puncakuasa 2 dapat 2..pastu kuasa ngan 3 dapatla x =8..

betul x..lame da tggl xtaula betul ke x..
 
Last edited:
camni tt..2/3 bwk ke kanan..jadinye sekarang 4 kuasa 3/2, 4 puncakuasa 2 dapat 2..pastu kuasa ngan 3 dapatla x =8..

betul x..lame da tggl xtaula betul ke x..

jadi bila kita pindah kuasa tu ke kanan dia jadi terbalik ye?

Terima kasih. seronok betul dapat jawapan.
 
sebelum aku jawab, kita streka dulu yang kedut-kedut... selesaikan masalah peristilahan dan penulisan dulu supaya lancar komunikasi.

kuasa-kuasa ni namanya adalah exponentiation.

X kuasa Y, X disebut sebagai asas (base) dan Y disebut sebagai eksponen (exponent).

X kuasa Y simbol dalam dunia komputer, lazimnya dalam format X^Y.


Okay, penjelasan...

Yang jadi rasa keliru dan gundah gulana tu kerana puncanya dari eksponen yang berbentuk pecahan.

dalam kes ni pecahan tersebut ialah 2/3.

baiklah, kita cerakinkan masalah ni satu persatu.

Jika eksponen berbetuk pecahan ia sebenarnya sama dengan "punca kuasa".

X^1/2 (X kuasa setengah) sama je dengan "punca kuasa dua bagi X".

2/3 sama dengan 2 x 1/3

pekalinya 2 (numerator)
pembahaginya 3 (denominator)

X^2/3 sama je dengan X^(2*1/3)

Jadi X ^ 2/3 = 4 boleh diterjemah kedalam perkataan sebagai "Apakah suatu angka itu, yang kita panggil sebagai X, yang mana punca kuasa tiganya, jika dikuasa duakan, adalah bersamaan dengan 4?

Kita nak cari jawapan kita boleh reverse equation tu.

Apakah punca kuasa dua bagi 4?... 2
Apakah kuasa tiga bagi 2?... 8

tadaaa.... jawapannya 8.


Lagi clear kalau aku buat equation tapi malas nak main dengan Latex pagi-page bulan puasa ni....

senang cerita

X^2/3 = 4
X^1/3 = 4^1/2
X = 4^3/2

X sama dengan punca kuasa dua untuk empat kuasa tiga

4x4x4 = 14 x 4 = 64
punca kuasa dua bagi 64 = 8, sebab 8x8 = 64
 
jadi bila kita pindah kuasa tu ke kanan dia jadi terbalik ye?

Terima kasih. seronok betul dapat jawapan.

tt sambung blaja ke..mmg best wat math ni..selagi xdapat jwpan selagi tu mencari..lgpun nak selesaikan math ade macam2 jalan..

*tp rujuk pd yg pakar..sy pun da lame tnggal xpasti jalan sy betul ke x..heheheh
 
camni tt..2/3 bwk ke kanan..jadinye sekarang 4 kuasa 3/2, 4 puncakuasa 2 dapat 2..pastu kuasa ngan 3 dapatla x =8..

betul x..lame da tggl xtaula betul ke x..

Aku pun guna cara ni jugak... tapi xtau betol ke tak... tak ingat dah..
 
Back
Top
Log in Register