soalan lelaki kepada pasangannya
Keceriaanku mungkin pudar oleh tekanan kerja dan kehidupan. Aku cenderung untuk diam dan senyumanku mungkin kurang manis dan indahnya. Diri ini yang pada masa ini suka bergurau senda, ketika itu pulang dengan kerut dahi, kurang sense of humor, dan hanya bercakap benda-benda besar yang serius. Sabarkah engkau dengan perubahanku itu nanti? Kuatkah cintamu kepadaku?
Tekanan hidup mungkin menyebabkan perananku sebagai suami kepadamu terjejas. Upayaku untuk memberi nafkah batin kepadamu terganggu dan untuk menyuarakannya kepadamu aku terasa malu. Masalah mati pucuk yang sering menimpa lelaki yang tertekan dengan pekerjaan dan kehidupan menggugat kepuasan dirimu sebagai isteriku. Sabarkah engkau dengan keadaan itu, dan apa rancanganmu untuk kita menempuh saat-saat itu? Terjejaskah cinta kita di hatimu?
Andai kerjayaku dirempuh badai dan surut seketika, kewanganku dan keluarga kita jauh dari mencapai sempurna keperluan. Keluarga dan teman mencemuhmu kerana ‘menanggung’ aku sebagai seorang suami yang dilabel dayus. Aku akan berusaha agar ia hanya seketika, namun sabarkah engkau menempuhnya? Masihkah aku kekasih hatimu?
Aku menjadi seorang lelaki yang menjemukan. Aku mengharapkan dirimu sebagai insan yang akan membantu menceriakan aku, namun sabarkah engkau dengan diriku dan mampukah cinta kita di hatimu terus membenih bahagia?
Jika kerjayaku berkembang di luar jangkaan kita, engkau terpaksa berkongsi diriku dengan massa, dan aku terpaksa selalu ke sini sana untuk bekerja. sabarkah engkau dengan suasana itu, dan aku masih cinta hatimu?
Jika aku disahkan doktor tidak mampu memberikan kita zuriat, rumahtangga kita sunyi tanpa cahaya mata, apakah engkau masih sudi menemaniku dalam bahtera rumahtangga kita?
Sekiranya rumahtangga kita teruji apabila aku ditimpa kemalangan atau stroke yang melumpuhkan pergerakan fizikal serta upayaku sebagai suami, kencing berakku yang bertubuh berat ini di dalam kain pelekat yang pernah kauhadiahkan kepadaku, apakah ia menggugat cinta kita dan mampukah engkau terus hidup di sisiku yang hanya suamimu dengan status suami tanpa mampu melaksanakan banyak tanggungjawabku sebagai suami?
soalan perempuan kepada pasangannya
syukur alhamdulillah,aku disahkan mengandung.tetapi alahanku menyebabkan aku tidak mampu mencium baumu sayangku.mendekatimu sudah cukup mengundang loya.entah berapa lama,sebulan dua,mungkin empat bulan atau lima.ada kemungkinan bukan sahaja untuk kandungan kali ini pertama,malah masa akan datang.sabarkah engkau dengan kerenahku?masihkah aku masih cintamu dikala itu?
semasa mengandung,aku tidak lalu makan,mulutku asyik mengeruh sakit sini dan sana.tidur sering tak lena.aku yang ceria berubah kepada pemarah dan sering berduka.bukan ku sengaja tetapi segala yang ku rasa di setiap inci tubuhku,menimbul keresahan dan tidak selesa.sabarkah engkau dengan kelemahanku ini?
semasa mengandung,upayaku untuk melayan keperluan batinmu tidak seperti biasa.aku lemah,serta hambar tiada penariknya.sehebat-hebat mujahadahku,diri ini amat terbatas dalam upaya berperanan sebagai isterimu.masihkah aku buah hatimu?
semasa kita bermula berumahtangga,pasti hidup kita indah bagai di syurga.tambahan pula dengan kurniaan cahaya mata pertama.namun ketika cahaya mata bertambah,kerjaya kita semakin berkembang.pendapatan bertambah,bebanan dan tanggungan juga bertambah.dalam suasana yang banyak tekanan di rumahtangga kita,adakah kau masih mampu ceria?sabar dengan kerenah anak-anak dan ibu mereka,terus tersenyum menawar bahagia?
selepas beberapa tahun berumahtangga,aku masih belum merahimkan cahaya mata impian kita,saudara mara dan teman meperlimu dan menuduh engaku bukan seorang lelaki.sedangkan aku punca sepimu tanpa zuriat.dikala engkau diasak keluarga dan teman,masihkan aku ada di tempat lubuk cintamu?
andai selepas beberapa tahun berumahtangga,aku diputuskan pemeriksaan perubatan bahawa diri ini mandul dan tidak boleh merahimkan cahaya mata buatmu,apakah aku masih kekasih dihatimu?
jika aku ditakdirkn diuji oleh allah bahawa ku menghidap barah payudara,dan t'paksa mengorbankan salah satu atau kedua-duanya,kimoterapi meluruhkan rambutku.tubuh lemahku menumpang kasih di dalam pelukanmu,berak kencingku diatas kain batik yang pernah dikau hadiahkan kepadaku,masihkah engkau mencintaiku?